Ops...bukan..bukan..saya belum ada baby baru lagi. Relax arr dulu. Si little girl pun baru 2 tahun okeh. Berat badan pun ala-ala segan nak turun. Turun sikit...pastu naik balik....oh tidak....
Okey nak citer, semalam, Ahad 17 April 2011, tercipta satu sejarah baru dalam keluarga kami. Si kecik Tisya tak semena-mena telah "pow" Abahnya dengan mintak beli rabbit. Kalau rabbit jer okey lagi, tapi kalau dah kena beli set sangkar, pellet,hay,bekas air, bekas makan,vitamin & bedding dia tu aper citer kan...Huhhhuhhuh..dan Abah pun dengan rela hati membelikan la untuk anak daranya nan seorang itu. Kesian lak Mama tengok Abah, Mama pun hulur la jugak. Mahal wooo.
Tapi kenapa kami beli gak?....Rabbit tu cam ada connection jer dengan Tisya. Serious!..tak tipu. Very the very jinak tau. Siap gesel2 cam kucing tu. Bila pet store seller tu bagi Tisya keluarkan utk main, rabbit tu siap main kejar2 dengan Tisya. Pandai lak Tisya gi gesel kat Abah dia minta rabbit. Mama bukan la tak suka pet tapi memikirkan ruang nak letak cam berat hati. Tapi bila tengok Tisya berani dan berkenan dengan rabbit tu cam kesian lak. Arnab ni pun ikut je mana Tisya pergi.
Jadi petang semalam kami pun main rabbit la. Kami beli dua ekor sebab takkan takde kawan kan. Dua-dua betina. Senang. Takde next generation. Dan honestly it is quite fun. The boys baru nak berani pegang rabbit. Tisya tak payah cakap la. Main kejar2 dengan bunny dia lagi. Arnab2 ni pun suka main. So bermulalah aktiviti kami yang baru....Mr Hubby pun enjoy. Well, the money spent worth it. It's fun time with family matters :)
Tapi tetiba teringat kat bibik. Dulu masa twin umur cam Tisya, Mr Hubby pernah present arnab 2 ekor kat Mama sempena Hari Ibu, tapi dah mati sebab dorang sakit.. Cuma kami ada Kura2 je yang Mama hadiah kat Abah for Father's Day. Dulu ada 4 sekarang tinggal 3 je. Sekor dah lari. Kura2 tu dah besar dari tapak tangan sekarang. Bibik Sukaenah dulu sangat la rajin tolong cuci sangkar arnab & kura-kura bila Mama & Abah sibuk kerja. So binatang2 ni sangat manja dgn dia. Kalau bibik ada mesti dia tumpang seronok sebab dia pun suka pet ni. We miss u bibik...
To our bunnies...welcome home...nama blum ader. Tisya kata Rabbit la...