Saturday, October 29, 2011

Alhamdulillah..TQ Allah

Tukang tulis... Syida@Mrs K at 2:12 AM 1 nak komen..
Friends..
just received a good news this late night. Alhamdulillah.... May Allah bless us always. Rasa nak lompat bintang ...hehehehe.....

Thursday, October 27, 2011

Borak 2 beradik

Tukang tulis... Syida@Mrs K at 12:58 PM 1 nak komen..

Mama: Dah cepat makan, nak mandi. Nanti main elok2. Jangan bising sangat abah tengah
banyak kerja
Haziq: Abah buat apa? (Sambil tengok Abah)
Hazim: Buat kerja la...
Haziq: Apa kata Mama tolong Abah buat kerja.
Hazim: Ish... ni bukan kerja sekolah.
Mama: ....(diam jer nak tengok apa lagi kerenah twin)
Haziq: Kalau Mama tolong mesti cepat siap.
Hazim: Tak boleh.....nanti boss abah marah.
Haziq: La....kata tadi bukan kerja sekolah. Kerja sekolah memang tak boleh orang tolong
Hazim: Kalau boss abah tahu Mama buat macam mana?
Haziq: Ala...tak payah cakap. Mama nak tolong Abah cepatkan habis kerja tu aje. Yang penting siap
Hazim: Mana boleh macam tu....kalau macam tu kerja sekolah Hazim nanti Haziq buatkan.
Boleh Hazim cepat siap....
Haziq: Kan tadi cakap ini kerja bukan kerja sekolah...
Mama: Dah jom mandi tak pasal jadi gaduh pulak....

Pemikiran budak simple je kan. Selalunya kalau dorang buat kerja sekolah Mama selalu duduk sebelah untuk guide. So to them Mama tolong buat kerja Abah is like sitting next to him and guide Abah. To them by sitting next to them when they are doing their homework is like comfort and attention that makes them do their homework faster. Kids love attention. Walau pun kadang-kadang macam2 benda kena buat at that time mama had to put off just to sit next to them. Sama macam practice music. If I sit next to them they easily understand and able to play nicely even though the notes are tough but if not they easily give up.

Mama learnt to think simpler and happier. Smile Mama smile walau baju banyak nak gosok....grrrr

Wednesday, October 26, 2011

Pancakes and family

Tukang tulis... Syida@Mrs K at 10:44 PM 1 nak komen..
Hari ini encik suami cuti diwali. Cozy je rasa pagi ni sebab baru lepas hujan. So bermalas-malas la kami pagi ni. Plan nak pergi jogging pun kensel. After habis katam buku "Mama, saya lapar by Wardina Safiyyah" so bersemangat la saya membuat sarapan pagi yang dicadangkan (semoga semangat ni berterusan lah hendaknya.....amin)

I made pancakes today.
credit to google

Resipi yang Wardina bagi lebih sedap dan tak bau telur. My hubby & children pun kata this time pancakes were very nice. Kami makan dengan pancake syrup dan letak fruit cocktail (buang syrup dia yang manis tu of course!). Sorang 2 keping dah full. Ok la janji anak-anak dan suami suka dan kenyang :D

Thanks to mak sebab pinjamkan buku ni pada saya(klik). Banyak info yang perlu mommies tahu. Kadang-kadang kita ingat kita tahu tapi sebenarnya kita tidak sedar ada lagi yang perlu dipelajari. As for me,I learnt a lot tentang khasiat pemakanan dan additional knowledge for me in preparing good, balance meals daily for my family. Bahagian paling saya baca banyak kali ialah "Anakku sakit dan Makanan seimbang" Sejak Mr Hubby sihat saya mula lebih berhati-hati dalam kebersihan dan pemakanan. Semasa dia admitted dulu one of the doctors advised me to served my family more fruits and vegetables daily. Ini bagi membantu badan membina antibodi lebih kuat dan baik secara semulajadi. Tambahan badan Mr Hubby dah masuk antibiotik yang kuat dan banyak untuk melawan kuman di dalam badan.Bukan tak pernah tahu tapi bila dah berapa dalam situasi itu apa yang disampaikan dan diajar lebih terkesan di hati. Bukan kami tak makan sayur ke buah tapi mungkin tak cukup 3 hingga 5 hidangan sayur atau buah sehari. Maka vitamin semulajadi sangat kurang. Dipetik dari tulisan Wardina, untuk memastikan anak( dan suami) kita mendapat 3 hingga 5 hidangan sayur atau buah sehari boleh gunakan contoh ini:
  • segelas jus buah utk sarapan
  • 1/2 cawan buah untuk snek sebelum lunch
  • sayuran untuk lunch dan sepotong buah
  • jus buah sebelum dinner dan tea time
  • 1/2 cawan sayur utk dinner
  • jus buah atau buah sebagai pencuci mulut
weeehooo...susah juga nak plan sebab currently kami praktikkan susu 3 kali sehari utk anak2, myself and hubby minum susu 1 atau 2 kali sehari. Nescafe secawan sekurang-kurangnya setiap hari untuk saya adalah wajib. Selalunya buah kami makan 2 kali sehari. Lepas lunch and dinner. Air buah saya buat bila banyak buah lebih atau masa keluar jenjalan( kami suka minum jus buah kat MBG tu).Sayur of course la kan. Nak suruh 2 beradik ni minum jus lagi, susu lagi pagi2 tu before pergi sekolah of course le lambat gila la ke sekolah sebab dorang ni makan punya la lama. Macam lepak2 kat cafe tu. Suke suki je borak2. Mama dia kelentung kelentang kat dapur dorang relak jer.

But I tell myself I don't have to be perfect and follow it immediately. Slowly try to adapt and change. Yang penting mesti cuba.

Korang tahu tak "Bad sugars" yang ada dalam air kotak contohnya menyebabkan paras gula dalam darah meningkat dan turun mendadak tiba-tiba. Ini mengakibatkan mood anak cepat berubah atau dipanggil "mood swing". So kalau anak tiba-tiba aktif sakan lepas tu bila ditegur cepat menangis atau mengamuk ke mungkin ada kaitan dengan pengambilan bad sugars. So I think kita kena hati-hati bagi air kotak pada anak-anak terutamanya masa kita pergi holidays ke atau berjalan sebab nanti mama abah yang stress anak-anak buat hal. Tak pasal budak2 tu kita marah. Sedangkan kita yang bagi..hihihi...

Dalam ruangan "Makanan Seimbang" ada contoh satu-satu makanan yang perlu kita makan mengikut vitamin dan mineral. Malah Wardina sertakan carta mengikut mikronutrien dan akibat jika kita kurang mengambilnya. Tanda-tanda kekurangan nutrien tersebut dan sumber makanan yang diperlukan juga diberi tunjuk ajar. Contohnya jika anak (atau suami) kurang berselera, sakit susah sembuh (contohnya demam) mungkin mereka kekurangan zink dalam nutrien harian. Mommies tahu tak kekurangan pengambilan zink boleh menyebabkan pertumbuhan terencat,gangguan otak,dan daya tahan penyakit juga kurang. Mereka perlu makan daging, kekacang seperti sayur kacang,pis,dal dan kacang tanah.

Mengenai penyakit pula lebih banyak disentuh berkenaan penyakit yang sering kanak-kanak alami contohnya demam, selesema dan cirit birit. Just want to share, kanak-kanak yang sakit perut, muntah-muntah dan cirit birit TIDAK BOLEH minum susu. Gantikan dengan susu soya atau Ribena. Makan pisang, bubur,jeli atau roti bakar. Paling penting minum banyak air.

Cirit-birit dan muntah boleh berjangkit! Dan ubat batuk tidak mengubati batuk secara tepat tetapi mengurangkan kekerapan batuk.

This is my review untuk buku "Mama, saya lapar.." saya tak dapat apa pun dari Wardina ye. Tapi saya rasa ilmu yang kita ada jika dikongsi lebih berkat dan Insyaallah berkekalan. Banyak juga yang saya belajar dari buku ini mengenai aspek pemakanan.

Being a mom you are responsible in every ways. Meals, health,well being, education,future and the list goes on and on. You cant be perfect but you can always try to be one. That's what Mama learnt today.

Thank you Mak..Thank You Wardina....Alhamdulillah, Subhanallah.

Sunday, October 23, 2011

I love you like a love song

Tukang tulis... Syida@Mrs K at 2:38 AM 5 nak komen..


Mama & Tisya suka sangat lagu ni....selalu nyanyi sama-sama dalam kereta bila nak pergi jemput twin balik sekolah....bit---bit---bit---


Selena Gomez – Love You Like A Love Song

[Verse 1]
It’s been said and done
Every beautiful thought’s been already sung
And I guess right now here’s another one
So your melody will play on and on, with best we own
You are beautiful, like a dream come alive, incredible
A center full of miracle, lyrical
You’ve saved my life again
And I want you to know baby

[Chorus]
I, I love you like a love song, baby
I, I love you like a love song, baby
I, I love you like a love song, baby

And I keep it in re-pe-pe-peat

I, I love you like a love song, baby
I, I love you like a love song, baby
I, I love you like a love song, baby

And I keep it in re-pe-pe-peat

[Verse 2]
Cursing me, boy you played through my mind like a symphony
There’s no way to describe what you do to me
You just do to me, what you do
And it feels like I’ve been rescued
I’ve been set free
I am hyptonized by your destiny
You are magical, lyrical, beautiful
You are…I want you to know baby

[Chorus]
I, I love you like a love song, baby
I, I love you like a love song, baby
I, I love you like a love song, baby

And I keep it in re-pe-pe-peat

I, I love you like a love song, baby
I, I love you like a love song, baby
I, I love you like a love song, baby

And I keep it in re-pe-pe-peat

[Bridge]
No one can pause
You stand alone, to every record I own
Music to my hear that’s what you are
A song that goes on and on

[Chorus]
I, I love you like a love song, baby
I, I love you like a love song, baby
I, I love you like a love song, baby

And I keep it in re-pe-pe-peat

I, I love you like a love song, baby
I, I love you like a love song, baby
I, I love you like a love song, baby

I love you…like a love song…

Dedicate to my dear hubby (sila tutup mulut sebelum muntah okeh :P )

Movie Day! - Johnny English Reborn

Tukang tulis... Syida@Mrs K at 2:09 AM 1 nak komen..
nak makan apa Zim?...Haziq belanja...

ishhh...lapar dah ni....


Sape dah tengok Johnny English Reborn angkat tangan?.....haaaaa.....suke?....My hubby dovey and my children likes him very much.

Tetiba jer Mr Hubby ajak gi tengok movie semalam. So siap-siap lepas asar terus gi TGV Bukit Raja. Sampai-sampai lagi 5 minit movie nak start. Mula2 Mama buat muka sebab kena paksa tengok. I am not a big fan of him okeh. Kalau cerita Mr Bean kat disney channel tu, cepat2 Mama tukar. Rimas tul dengan perangai dia. So bila suami terchenta ajak tengok. Aiseyyyyy.......

Errrr... tapi kan best gak. Ok la buat gelak2 hujung minggu. Cuma bab2 yang tak sesuai tu ajer jenuh Mama tekup muka boys. Tisya bad mood sikit hari ni. She's not really enjoying it. Sedangkan si kecik ni memang suka sangat Mr Bean. Maybe sebab baru sihat kot. Mujur dia diam jer. Dok syok tido kat abah bila dah tengah2 cerita.

Boys?...Baik bapa, baik anak2...suka sangat la. Gelak besar lagi. Errr..Mama pun. Best lah. Kelakar,

So kalau mama abah yang nak bawa anak2 gi tengok tu silakan tapi stand by utk tutup mata anak tang sensitip tu.....tapi tak banyak.

Lepas tu kami makan piza. Best2. A very cozy lovely Saturday. Hope you too had a nice time.

p/s I know Along. Pizza is bad and I have gained weight. But don't worry...I am very happy. Life is more than weight watcher ok....have a happy days....hehehe....Alhamdulillah


Saturday, October 22, 2011

Waaaa....Tisya demam...

Tukang tulis... Syida@Mrs K at 12:04 AM 0 nak komen..

Sebenarnya hari ni dah kebah sikit dah. Tu la tak menyempat nak berblogging. So nak recap sejarah. Last Rabu, my lil angel tetiba demam. Elok je Mr Hubby balik...before 9pm tetiba je anak dara ni terbaring kat sofa. Tido. Aik? confius Mama. Pegang2 je ...Panas!..OMG!...Baru jer tadi Mr Hubby sampai dia dok cakap.."Abah. Sya happy hari ni..." Tak ke seriau dibuatnya. Sebelum tu punyalah active tak duduk diam. Abang2 dia pun tension si tecik dok kacau dorang punya science project.

Saya sangat2 fobia bab demam-demam ni. Rasa hati bagai disiat-siat. Jantung dah berdegup macam baru lepas berlari pecut 100m.Pengalaman baru-baru ini cukup menyentap saya. Sampai sekarang jika melihat ambulance atau dengar bunyinya pun air mata dah bergenang. Bukan emo okeh tapi saya fobia.

Sangat2 tertekan sebab tak semena-mena Tisya tetiba demam....Frust..sedey....tertekan sebab Mama dah buat yang paling baik untuk kesihatan dan kebersihan anak2 dan suami. Mungkin Allah nak bagi peringatan pada Mama kot...

Bukan demam saje2....siap muntah2, CB, tak lalu makan, meragam etc etc. Demam dia tetiba shoot panas sangat after maghrib. Malam Mama tak bole tido sebab risau. Siang dok mengadap dia je sebab dia nak Mama peluk je. Rumah pun dah lintang pukang. Letih mencuci tilam, selimut, baju, carpet bagai sebab dok termuntah je. Ada masanya Mama dah stress sebab terlalu penat tapi bila tengok muka budak tecik ni kesian pula. Bukan dia minta demam kan.

Alhamdulillah she is fine now. Cuma tak berselera makan. Bila paksa makan lebih sikit mesti dia vomit.....tu yang paling Mama letih.

(p/s..sorry Mak....I dont want u to worry..Tisya is better now)

Mama learned a lot from past experience. My perspective towards life changed and I see it in a different ways...cherished every moment you had and be grateful. Subahanallah, Alhamdulillah, Allahu Akbar.

Friday, October 21, 2011

Haziq & Hazim 1st time cabut gigi

Tukang tulis... Syida@Mrs K at 11:57 PM 1 nak komen..
wajah sebelum...hehehe
selepas.....




Today first time kami bawa twin ke dentist. Gigi kekal Haziq Hazim yang depan dah keluar. Their teeth are still ok. Tak goyang dan tak rosak. Masih kuat dan elok. Since sampai dua batang dah nak keluar we have to seek dentist.

Before we bring them to dentist we have talked and discussed about it with them since last week. Kira dah inform them in advance. In fact Mama siap pergi consult dengan dentist tu for advice and plans. Mama dan Mr Hubby tak nak dorang takut nak jumpa doktor gigi lagi selepas ini. So we take the hassle to plan it properly. It was more easier to discuss with the dentist as Mama already know her. Mama pernah invite her to give talk and demo at Haziq & Hazim's preschool. (and the children love her!)

Learning from her (Dr Yuzawati-Klinik Pergigian Setia Alam), parents should not lied to the children. Let them know the truth. Beritahu anak-anak apa yang perlu mereka hadapi, prosesnya dan terangkan kenapa mereka harus lalui ia. Oleh kerana Mr Hubby dan Mama memang nak dorang cabut gigi susu yang di depan tu sebab 2 batang gigi kekal dah nak keluar, so kami beritahu yang sebenar. Kami ceritakan prosesnya bermula dengan doktor gigi akan memeriksa gigi mereka dan gusi akan dibius. Kemudian proses mencabut lebih cepat dan tak sakit. Mama siap tunjuk contoh gambar gigi dari google utk tunjukkan detail why they need to do it. hihihi...(modern techno) and it works. They are scared but agreed.

To parents yang duduk area berdekatan Setia Alam I would suggest klinik ini sebab doktor dia memang sangat memahami,cepat dan sabar. Perhaps you can meet her in advance like we done and plan the session properly as we don't want the children feels scared.Ops promo free...but really she is nice!

Mr Hubby took half day off. Our appointment scheduled at 3pm. Haziq agreed masuk dulu. Mama teman katanya. Orait bebeh... Mama agreed tapi honestly I am scared!..Gila. Mama pun takut jumpa dentist okeh. Sebab tu gigi tak cantik. Tapi tak nak la anak2 ikut perangai Mama Abah dia kan. Haziq was so strong and brave. He cried a bit tapi tak la meronta-ronta. Alhamdulillah... But yang kelakarnya siap ingatkan doktor tak mau jarum panjang2, buat slow-slow yer.

Hahahah..

next Hazim's turn. Suppose Mr Hubby masuk tapi sebab Tisya melekat kat abahnya so Mama teman kan lagi. Weeehooo....Hazim pun okeh. Sakit, jerit sikit of course la kan. What do u expect from budak 6 tahun. Poor thing...Dia pun ingatkan doktor tolong buat dengan berhati-hati katanya....hahaha....doktor pun gelak.Tapi kan Mama punya la peluk dia sampai dia kata Mama peluk yang sakit...hehehe Sebabnya Mama yang cam nak pengsan. Ini la pertama kali tengok secara live and direct. woooooooo......

Mr Hubby ingatkan boys to be strong. Dan siap cakap jangan buat lawak macam Mr Bean. Since Abah and children (including Tisya!) like Mr Bean tu, so senang nak story morry keadaan dalam bilik dentist la, kerja dentist la etc. Grrrr....I am not a big fan of him. Dah buat deal dengan Mr Hubby. Next visit his turn pulak. He is so very sensitive about our children. Both of us always wanted to be next to our children every time they are facing their first. He took day off just for this. That's why he is very dear to us. Tq Abah.

Then Abah belanja dorang makan sundae cone Mc D. Tisya terkejut tengok abang2 takde gigi. Eeeeee...kata Tisya. kikkikikik.....
budak tecik pun nganga....

Balik Mama masak jelly & bubur lambuk ayam special. Menu utk org baru cabut gigi...heheheh...
Mr Hubby kata sedap...hehehe...bangga..bangga..
yummy..

Mama realized that they are growing up very fast. Every now and then they will face a lot of new things in life. I am not afraid of growing old but I am afraid to let them grow. It may sound selfish but growing up meant they are learning to be independent. Mama need to loosen my grip bit by bit day by day.....Ya Allah please protect my children-Amin


Tuesday, October 18, 2011

Book of the month

Tukang tulis... Syida@Mrs K at 10:41 AM 4 nak komen..



okey hari takmo sedey2.....en hubby kata"sudah...abang tak pernah kisah pun kan.." ok...bunyinya memang tak romantik tapi itulah suami saya..tak pandai romantica di tampoi tapi sangat pandai memujuk bininya...

Buku bulan ini saya dipinjamkan oleh Emak saya..(thank you mak...nanti angah pulangkan balik ye...) Buku "Mama, saya lapar.." by Wardina Safiyyah.

Selalu juga tengok buku di MPH tapi tak beli. Bukan apa, yang dah ada pun banyak tak baca lagi. So setiap kali Hubby offered saya kata nanti dulu. Since Mak dah bagi pinjam, elok la baca...InsyaAllah bertambah lagi ilmu saya.

Saya tertarik dengan foreword atau kata pendahuluan dari Wardina" Menjadi ibu ibarat dicampak ke lautan tanpa tahu asas berenang. Nak tak nak, kaki dan tangan terpaksa digerakkan, kepala mencari aras air di permukaan untuk bernafas, jika anda tidak mahu lemas"

Setuju dengan kata-katanya sebab saya sendiri rasa serba kekurangan bila memangku anak-anak buat kali pertama. Kalau dulu saya memandang diri saya seorang career woman. Tak terfikir langsung untuk menjadi surirumahtangga sepenuh masa seperti sekarang. Tapi kehadiran si kembar dan lil'girl mengubah pendirian saya. Tambahan pula Mr Hubby juga sependapat dengan saya. (Alhamdulillah..sangat bersyukur dipertemukan dengan suami yang sangat sependapat dan berfikiran yang sama seperti saya). Saya cuba sedaya upaya mempelajari hal2 berkaitan keibubapaan dari segi pembacaan terutamanya. Saya percaya saya tidak boleh membesarkan anak2 berdasarkan cara saya dan suami dibesarkan. Tidak semua cara yang diamalkan oleh ibubapa kita berkesan dan sesuai. Ilmu keibubapaan perlu dipelajari untuk melengkapkan diri. Kadang-kadang kita tak sedar perbuatan atau amalan kita bakal memberi implikasi pada anak-anak. Cara yang terbaik dan mudah ialah membaca..

Kata Wardina lagi.."Sebagai ibubapa kita perlu banyak membaca. Membesarkan anak memang mudah, tetapi mendidik mereka itulah cabarannya."..hehehe kami sependapat rupanya...

Okey nak mula membaca. Ada 165 mukasurat. Siap resipi lagi. So...mommies, kalau berkesempatan baca la ye.
mari membaca ye kawan-kawan...

Monday, October 17, 2011

depressed?

Tukang tulis... Syida@Mrs K at 6:35 PM 5 nak komen..
credit to google

One teeny weeney thing happened and it really bothered me. It affected my whole brain system and felt terribly irritated!...Encik suami kata relax and just don’t think about it anymore. But still my brain can’t tolerate….GRRRRRR…..

“Abang ambil pills anti depressed for me boleh tak. Satu pun jadi”…opss…apalagi encik suami mulai angry…macam angry birds…ok..ok…I try to overcome this….grrrr

Tapi kan…I am so grateful. I found my anti-depression pill by noon…..this is it….

Sangat tenang dan mendamaikan budak2 ni tidur tiga beradik. Alhamdulillah…..

Mama always tried to teach myself…”Fikirkan apa yang kita ada daripada apa yang kita tidak ada. Dan fikirkan bagaimana perasaan dan nasib orang-orang yang tiada apa yang kita ada. Selalu bersederhana dan bersyukur dengan setiap yang kita ada. Kita tak sempurna tapi cukuplah hidup kita dah bahagia dan selesa. Tak cantik, tak bergaya, tak kurus, tak punya barangan mewah dan macam2 lagi bukan pengukur kebahagiaan. Hargai apa yang kita ada sebelum ianya tiada atau kita yang sudah tiada di dunia…”

Tapi entahlah..susah sangat nak tenangkan hati ini bila hati terjentik walau dengan perkara remeh…Looking forward for Mr Hubby’s shoulder bila dia balik nanti….:D

Sunday, October 16, 2011

Haziq & Hazim Graduation Concert

Tukang tulis... Syida@Mrs K at 11:03 PM 4 nak komen..












Tidur pun boleh senyum.....walau letih.

Twin had their graduation concert today....They finished their JMC officially today. So continue for next course JXC (Junior Extention Course). Result belum keluar tapi their teacher said they are doing fine. Tak kisahlah. I know they had done their best.Mama will always be proud of you two if you showed that you had tried your very best...

Quite suprised and touched because not only grandparents attend the concert, the whole gang also came...Weeeeee...the boys were so overjoyed and head over heels when they saw their tuk,tah,nenek,aunties, uncles and cousins datang siap bawa banner lagi....hehehe... tu la sampai tidur pun boleh senyum....

Anak2 teruna saya "shy guys"...lagi ramai orang datang walau dorang tersangatlah seronok tapi malu sudah semestinya...huhuhu...Hazim boleh tahan lagi, si Haziq muncung je sebab tahan senyum...hehehe....alahaiiii

Tisya pun siap nak naik atas pentas join abang2 dia menari. Sampai merajuk la sebab Mama tak kasi. Their teacher Ms Tan such a very sweet lady. She prepared some goodies for her students including Tisya. Thanks teacher. You are such a doll! Anyway the concert went ok even its quite bored due to here and there problem. They should spend extra time in preparing such event.

Then we went back to our home and had our late lunch. My lovely Mak bawakan nasi lemak!...TQ Mak...setiap kali my parents or in laws datang mesti bawa whole set of meals...so tak dapatlah saya tunjuk skill memasak saya kan....hehehe (atau they thinks my cooking were awful??!!! ngeee)...

Order pizza for tea time. Makan lagi, borak lagi etc etc..The children were having a blast time!. Playing, giggling,eating, playing again and giggling again...seronok sungguh.

Alhamdulillah....this what I can says before I closed my eyes to sleep.



Saturday, October 15, 2011

Kenangan Ramadhan

Tukang tulis... Syida@Mrs K at 1:33 AM 3 nak komen..




yang hensem tu saya dah booking yer...stok terhad tu...hikhikhik (sila muntah di tempat lain yer)

Dah lama sangat tinggal blog. Macam2 benda yang jadi. Macam2 hal yang berlaku. SEmua tu mengubah pandangan dan persepsi kami suami isteri. Tapi saya tak nak citer hal tu buat masa ni. Malam2 buta cam gini saya suka gosok baju. Tenang...hehehe...Tapi cam maleh lah pulak....

So ngadap netbook & handphone sambil2 tengok pictures lama. So suke suki nak upload kenangan masa berbuka dgn my dear family last ramadhan. Sangat2 meriah dan seronok! Sampai hari ni pun my boys still teringat hari tu. They really loved the atmosphere...meriah sesangat!.

Ops...kalau mak mertua baca kang dia ingat kita tak enjoy lak kat rumah dia ek. Bukan apa my Mr Hubby ada 2 beradik jer. So very the small family. Dorang pun bukan jenis riuh rendah ni. Maka, acara berbuka lebih tenang. huhuhuh

Dengan makanan yang penuh meja...ops...bukan meja, "seperah"...err betul ke eja nih?...ala alas meja tu...kami berbuka kat atas carpet jer. Senang semua boleh sekali makan. Makanan punya la banyak sakan. Mak siap suruh order piza lagi okey....seriau gak kot2 tak abih....tapi jeng2...licin. Siap tapau buak sahur!.

Mr Hubby & me dating berdua gi beli juadah berbuka kat Selayang Baru tuh...Fuyoooo...rambang memilih. Punyalah banyak....best,,best..

Syok kan kalau dapat riuh rendah selalu. Berebut nak bercerita sampai hilang napas...hehehe...Mak kami cool jer...En Hubby pun dah paham. Kalau jumpa adik beradik riuh cam bertahun tak jumpa...huhuhu...tak kisahlah....

btw...hehehe kami berkenalan dengan kawan baru dari Sabah bah....heheheh...lepas ni nak gi Sabah pulak lah.....nak balik kampung Stacy sambil nyanyi mengapa 'bah kau berubah mengapa bah....'"Ma!..sambung...." hikhikhik




 

Mama vs Dunia Baru Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | Make Money from Zazzle|web hosting