Salam & Selamat Pagi!
Pepagi Mama dah ngadap laptop sebab ada customer email something. Sekarang nak citer al-kisah Ahad lepas (30.9.2012). Hari Sukan kali ke 2 bagi sekolah twin. Oleh kerana padang sekolah twin agak kecil dan sempit jadi sekolah dorang telah pinjam padang sekolah cina di kawasan berdekatan sini. Omg...besarnya sekolah ni!..Baru dibuka tahun 2008 tapi dah ada dewan besar okey....dana yang mereka berjaya kumpul sangatlah amazing. Dana tertinggi adalah 1.5juta dari pihak developer sendiri! Dana2 lain daripada orang perseorangan dan syarikat. Kantin dia je menggunakan kerusi meja stainless steel okey....dan sekolah ni 24 hours CCTV operation. Amacam hebat tak?...Mama kongsi ni bukan jealous tapi kagum dengan contribution yang diberikan oleh bangsa Cina dalam membangunkan sekolah mereka. Mereka tidak tunggu pihak kerajaan datang tolong je, they worked on their own too. Bila semua pihak sama2 contribute untuk membangunkan sekolah itu jadi secara tidak langsung rasa sayang, cinta dan bangga pada sekolah akan wujud. Mereka rasa they are part of the school! Jadi mereka akan jaga dan hargai sekolah itu. What say u?...
Ok bebalik pada citer asal. Since twin baru Tahun 1, acara untuk mereka cuma sukaneka. Satu budak satu acara. Jadilah....nak buat macam mana kan. Mereka lawan sesama kawan sekelas memasing mengikut rumah sukan masing2. Alhamdulillah team Hazim dapat 1st place & team Haziq dapat 3rd place. Risau juga takut 2 beradik ni bergaduh sesama mereka sebab tak puas hati sorang no 1 sorang no 3 tapi Alhamdulillah both of them accept the result maturedly dan Hazim siap cakap kalau no 3 tak dapat hadiah, Haziq boleh kongsi hadiah dengan dia...how sweet....
Habis sahaja acara twin kami rushing ke kelas muzik twin pula sebab kelas start at 10.30am. Dah dekat kol 11.30am dua beradik ni dah tersengguk-sengguk...hahaha...letih la tu...Then kami gi lunch dan relax dulu sebelum pergi kelas muzik untuk Batrisyia pulak..
Yes si kecik ni baru 3 tahun lebih...tapi kami dah enrol dia untuk kelas MusicWonderland. Nampak dia berminat. Mungkin pengaruh abang-abangnya. Nampaknya mulai bulan ni Mama & Mr Hubby seisi keluarga kena la ubah sikit jadual weekend kami. Sebelum ni lepas kelas twin kami boleh la gi merayap mana2 tak pun terus balik lepak2 kat rumah.Takpe la...untuk anak2 kan...
Boys in action:
2 nak komen..:
semua anak2 akak hebat2 dan comel2...suka sangat baca pasal diorang..hehehe=)
Thanks dear putries. Anak anugerah Allah. Selagi mampu kita jaga baik2. Moga2 jadi terbaik antara yang terbaik di dunia dan akhirat..amin.
Post a Comment