okey hari takmo sedey2.....en hubby kata"sudah...abang tak pernah kisah pun kan.." ok...bunyinya memang tak romantik tapi itulah suami saya..tak pandai romantica di tampoi tapi sangat pandai memujuk bininya...
Buku bulan ini saya dipinjamkan oleh Emak saya..(thank you mak...nanti angah pulangkan balik ye...) Buku "Mama, saya lapar.." by Wardina Safiyyah.
Selalu juga tengok buku di MPH tapi tak beli. Bukan apa, yang dah ada pun banyak tak baca lagi. So setiap kali Hubby offered saya kata nanti dulu. Since Mak dah bagi pinjam, elok la baca...InsyaAllah bertambah lagi ilmu saya.
Saya tertarik dengan foreword atau kata pendahuluan dari Wardina" Menjadi ibu ibarat dicampak ke lautan tanpa tahu asas berenang. Nak tak nak, kaki dan tangan terpaksa digerakkan, kepala mencari aras air di permukaan untuk bernafas, jika anda tidak mahu lemas"
Setuju dengan kata-katanya sebab saya sendiri rasa serba kekurangan bila memangku anak-anak buat kali pertama. Kalau dulu saya memandang diri saya seorang career woman. Tak terfikir langsung untuk menjadi surirumahtangga sepenuh masa seperti sekarang. Tapi kehadiran si kembar dan lil'girl mengubah pendirian saya. Tambahan pula Mr Hubby juga sependapat dengan saya. (Alhamdulillah..sangat bersyukur dipertemukan dengan suami yang sangat sependapat dan berfikiran yang sama seperti saya). Saya cuba sedaya upaya mempelajari hal2 berkaitan keibubapaan dari segi pembacaan terutamanya. Saya percaya saya tidak boleh membesarkan anak2 berdasarkan cara saya dan suami dibesarkan. Tidak semua cara yang diamalkan oleh ibubapa kita berkesan dan sesuai. Ilmu keibubapaan perlu dipelajari untuk melengkapkan diri. Kadang-kadang kita tak sedar perbuatan atau amalan kita bakal memberi implikasi pada anak-anak. Cara yang terbaik dan mudah ialah membaca..
Kata Wardina lagi.."Sebagai ibubapa kita perlu banyak membaca. Membesarkan anak memang mudah, tetapi mendidik mereka itulah cabarannya."..hehehe kami sependapat rupanya...
Okey nak mula membaca. Ada 165 mukasurat. Siap resipi lagi. So...mommies, kalau berkesempatan baca la ye.
mari membaca ye kawan-kawan...
4 nak komen..:
Tisya macam study amik exam plak hehee..meh tadika kt cni meh hehhe
jauh sangat la selayang.letih nak ngantor...apa kata ema je pindah area2 sini...untuk masa hadapan bah....hihihi
salam persahabatan.
Follow to follow.....
From: Adando.blogspot.com
rumah sane beso sangat..mahee (mahal) ler..gegel teman nak bayo :P
Post a Comment