Friday, January 27, 2012

Batuk oh batuk..

Tukang tulis... Syida@Mrs K at 2:46 AM 2 nak komen..
Dah sebulan okeh...dah sebulan bersabar dengan batuk ni. Ni entry nak meroyan so harap jangan ambik ati. My boys dah batuk dekat sebulan dan hari ni baru si kecik Tisya pulak dah setat batuk sama. Strong lil girl. Hampir sebulan baru dia kena batuk dari kami. Start with Haziq & Mr Hubby. Masuk minggu ke2 baru si Hazim batuk. Masuk minggu ke 3 Mama pulak batuk. All the way Haziq & Mr Hubby tak sihat2. Kadang2 naik fedup sebab masalah batuk tak setel2.

Dah 3 kali jumpa doktor. Ubat dah bertukar2 dah. Madu campur limau pun dah try. Air zam2 pun sama. Belum telan kicap masin jer macam abah saya suggest. Bila tengok anak2 batuk sampai muntah2 saya rasa hati ni pedih macam dihiris2. Mr hubby asalnya cool ajer pun dah tunjuk tanda2 sedih. Dia tak mudah nak sedey2 nih. Tapi bila dah nak habes Januari anak2 masih tak ok kami jadi susah hati. Kekadang tu tak sengaja termarah la boys sebab kami tension dengar dorang batuk. Bukan sebab bising tapi susah hati. Kesian dorang asyik kena makan ubat tak sedap. Saya pun kesian jugak tau sebab asyik lap muntah. Kain lap dah banyak kena buang sebab dah tak larat nak bilas.

Setiap kali dorang batuk tak berenti jadi susah hati sangat. Kalau boleh nak korek dalam mulut dorang dan tunjal2 cekik2 kuman batuk nih...finally last monday jumpa doc kat DEMC. Dia suggest jumpa pakar. Tapi dari check up dia tunjukkan chest/lungs boys ok. Tak banyak kahak. In effect dorang macam biasa jer cuma batuk. Adakalanya tak berenti. Minum la air banyak mana tapi stil terbatuk2. Yang buat dorang lega kalau muntah. Baru la diam sikit.Apapun memang kami nak check jugak dengan pakar. Biar puas hati. Duit boleh cari kan...kerja teruk2 pun bukan untuk org lain.

Paling susah hati kalau emak ku ker bapa ku ker...mother in law ker father in law ker tepon time dorang batuk2. Sah2 la orang2 tua ni susah hati kan. ujung2 mesti Mama kena jawab kenapa tak sihat2. Dan Mama cam sentap sikit sebab rasa cam tak baguih jaga anak walaupun sebenarnya dorang takde niat camtu. Tapi standard la...mama kan cepat emo...Ni hal anak beb...Ibu mana tak emo kalau perihal kesihatan anak. Kalau kena gigit nyamuk pun kita rasa cam nak gigit nyamuk tu balik ini kan demam batuk segala bagai.

Okeylah..letih type ni sambil jaga dua beradik nih. Tisya takde hal sangat sebab dalam tido dia kurang batuk. Kami laki bini pun dah ok. Cuma boys jer yang kung-kang-kung-kang batuk masa tido. Waaaaa tension lah...

Friday, January 20, 2012

Ish...ni yang Mama tension nih...

Tukang tulis... Syida@Mrs K at 9:45 AM 0 nak komen..
Haaa citer ni sebenarnya dah basi. Tapi dok sibuk2 dengan macam2 hal tak sempat nak update. Last Friday masa tunggu boys abih sekolah kebangsaan nampak dorang jalan laju jer. Ish..kelam kabut kawannya mencicit follow. Sampai kat pagar terus dorang cakap "Jom Mama masuk kereta cepat.." Erk?..apesal lak ni. Kelam kabut jer. Tapi Mama tak la tanya pulak. Pimpin dua beradik sambil dukung Tisya. Nak dekat sampai keta jer ada la 2 budak pompuan tegur...'Hai Auntie Syida!"...owh..hai!...Haziq Hazim straight jer jalan tak toleh sangat. Masuk jer kereta terus Hazim bukak story...

Hazim: Mama ada something nak cerita. Cerita best.
Mama: Ha naper? How was your day? ok?
Haziq:*muka malu-malu...
Hazim: Tadi masa nak jalan pergi pagar dari kelas Nana panggil.
Mama: *aik?
Hazim: Dia kata ada something nak cakap kat kami. Dia bagitau S**** yang mulut bising tu suka kat  
           HAZIQ!...hahahaha.....
Haziq: *still buat muka malu2 sambil senyum kucing.....
Mama: * terus tak jadi nak keluar parking. Suara maintain. Tak marah, tak tunjuk suka.
           Merepek jer Nana ni.....Siapa cakap?...(sila bayangkan muka Mama cam Ziana Zain dari filem Maria  
           Mariana itu. Sambil kening jongket2)
Hazim: Hahaha.....kelakar muka Mama. Nana kata S**** yang cakap kat dia.
Haziq: * baru bersuara sambil senyum sumbing.
           Haaaaa bukan Haziq yang suka dia yer...Mama jangan nak marah Haziq pulak....Mama marah Haziq  
           ker?....(sambil buat muka konfius)
Mama:.....*nak senyum ker nak kelat ek?....kang mintak borang tukar sekolah tak ke naya...melampau emosi
           Mama nih...
Haziq & Hazim: Tadi kan masa otw nak pergi ke pagar S**** tu panggil kami. Tu sebab kami jalan laju jer.
                          Dia jerit2 suruh tunggu jap. Kami cakap bye.....tu yang ajak masuk keta cepat......
Mama:....hahahahaha...kenapa sampai nak lari...takut ker...macam lari jumpa hantu....
Haziq& Hazim: Ish....tak suka la...mulut dia bising..suara dia kuat....
Mama:...*...muhahaha....anak mama takot pompuan ker....muhahaha..
Hazim:....selamat Hazim.Dia suka Haziq jer......
Haziq:....dah la kang Mama merajuk kang...

hihihi.....pandai pun jaga hati Mama yang tak stabil nih.....malam Mr Hubby nak tido Mama citer la hal tengahari yang panas itew......Dia sengih sebab dah boleh bayangkan muka herot Mama time tu.....Siap tanya Tisya...Kakak S**** tu cantik tak?....haaaaaa ngade la tu. Anak baru 7 tahun. sajer bikin Mama sentap!

Twin, Mama & sekolah...

Tukang tulis... Syida@Mrs K at 9:24 AM 2 nak komen..
Dah masuk minggu ketiga budak2 start sekolah. Dan 3 minggu ini jugalah my life cycle has changed. Memulakan tahun baru dengan vision dan mission baru. Lebih panjang wishlist tahun ini tapi tak boley nak kongsi lagi...hihih

Kesian pun ader tengok twin pagi petang sekolah. Tapi bila pikir 2 kali, kalau zaman dulu budak2 bole buat kenapa tak anak2 kita. Jati diri harus diperkuatkan agar mereka tak cepat lemah kan. Biar mereka paham erti kesusahan sebelum mendapat kesenangan.

Dalam 3 minggu ni macam2 hal berlaku. Dengan kami sekeluarga batuk2 tak habis2. Alhamdulillah Tisya sahaja yang ok. Berkat susu badan kot jadi antibodinya kuat :) Baru bermula skolah juga Haziq & Hazim dah terpaksa ambik MC 2 hari!.

Tisya memulakan tahun baru dengan rambut baru. Dia kata nak rambut macam Dora. So ikut aje la. Last weekend kami berlima gunting rambut in the same day. Ini kali ketiga Tisya potong rambut. First time masa lepas majlis cukur jambul. Kami trim habis. Tinggal 1 inci jer..2nd time dulu last year rasanya in July. Meraung dia tengok rambutnya di potong. Tak la pendek sangat tapi jeritnya....gerun orang dalam kedai tu. Tisya kata "abis la rambut princess Sya..."..hihih. Tapi kali ini dia nangis kejap jer. Jenuh pujuk. TQ to the hairstylist named "RICA" kat APT Klang Parade. Rica pandai ambik hati Tisya, keje pun cepat so tak la jenuh sangat. Pastu dia advice rambut depan Tisya jangan straight sangat macam Dora tu. Dia kasi style sikit. Memula Mr Hubby cuak sebab nampak cam pendek sangat tapi bila dah siap comey pulak. Nampak tembam sikit pipi Tisya. Hehehe...anak dara sorang. Risau abahnya. Next is my turn. Potong pendek jer. Senang. Tapi tak la macam Dora yer..

Then we went for another shop. favourite place Mr Hubby gunting rambut. Dari kecik sampai besar dah beranak pinak. Sekarang diturunkan kat anak2 pula. Murah jer. RM15 3 kepala. Mama & Tisya jer RM28 hinggit..hihih...pompuan...

Mama juga memulakan tahun baru dengan idea dan cita-cita baru. Skil lama harus di polish. Skil baru perlu dipelajari. Maka, kena lebih pandai susun atur masa supaya tak tergolek sana sini. Alhamdulillah En Suami memberi sokongan dengan syarat. Biasa la. Being a suami mesti la ada guideline kan.

p/s..semoga tahun baru memberi inspirasi dan kekuatan pada kita semua. Kekuatan iman,fizikal dan mental.Amin...

 1st day kat sekolah agama
 1st day di sekolah kebangsaan
 twin tension beratur tengah panas
 Si Haziq ni bole tertido sambil sandar kat tiang....hihih
Kena tempah cop nama sebab letih menulis nama dorang kat buku teks & buku tulis...haaa bagi nama anak panjang2....huhuhu
 credit to acu..sebab kalau tak takde la kenangan rambut Tisya sebelum 2nd time potong.
Baru start dia dah meraung....

Muka syahdu plus nervous..

Haa ni dah cool sikit ...

Mata maintain tengok cermin takut salah potong...hahah kecik2 dah pandai...

Muka happy sebab dapat rambut Dora!

huhuh..suka tengok pipi tembam dia....mesti Tah suka sebab selalu suruh Tisya potong rambut...panas katanya..hihi...cantik tak Tisya mak?....

Rambut baru...Mama abih dekat 20 hinggit beli aksessori rambut dia jer...pompuan-pompuan...sok2 jangan salahkan Tisya, Mama yang setat dulu kan...



Wednesday, January 18, 2012

unexpected call

Tukang tulis... Syida@Mrs K at 9:56 AM 2 nak komen..
Semalam..dalam kesibukkan menjaga anak2 yang tak sihat dan buat keje rumahtangga I received 2 phone call. 1 phone call came from my deary school's bestfriend informing one of our ex school mate died of motor accident!. Ya Allah. Walau kami tak begitu rapat but he is a very nice man. Once pernah syok kat my bestfriend. Siap berebut dengan boyfriend bestfriend saya lagi. Nampak comel sangat bila ingat masa tu. This guy name ADLI. Having a very cute baby face with cute mischievous smile. Innalillah...Semoga Allah melindunginya dan menempatkan dia dikalangan orang yang dikasihiNya.

2nd phone call from one of my boys's mommy friend. At first tak la terkejut sangat. Sejujurnya kadang2 saya mengelak untuk berbual panjang dengannya setiap kali kami bertemu ketika menjemput anak2 balik sekolah. My first 2 short conversation tak begitu menarik and I know I cant be close with her kerana cara dan prinsip kami berbeza. Cara Mrs X dan pemikirannya saya tak boleh nak join sangat. Dan Mrs X selalu cuba buat saya ikut cara dia dengan mengatakan cara saya salah. Owh...saya tak selesa. Next Mrs X suka bercakap besar sedikit dan bercerita hal2 yang agak peribadi contohnya hal kewangan keluarga. Kami tak rapat langsung jadi tak sesuai bercerita tentang ini. Dan saya rasa sebagai isteri, tak perlulah kita berkongsi akan hal ini dengan orang lain. Tak pasal2 jatuh dosa kan.

Tapi phone call semalam menyedarkan saya akan sesuatu. Sesuatu yang saya tak nampak sebelum ini. Sesuatu yang buat saya sedar kenapa dia begitu. Sesuatu yang buat saya insaf juga.

Mrs X memilih untuk bercakap dengan saya berkenaan masalahnya dengan anak lelakinya yang baru berusia 8 tahun. Dia kata dia rasa give up dengan anaknya. Rasa dah terlewat mendidik anaknya menjadi anak yang baik dan rasa terkilan dengan kehadirannya.OWH.....sedih jika anaknya mendengar keluhan si ibu. Air mata saya berkolam di hujung mata yang tak berapa bulat ini. Sayu saya tengok anak2 sendiri di depan mata.

Saya bukan ibu yang perfect jauh sekali ibu mithali. Tapi saya cuma nak jadi ibu yang terbaik, bijak, cantik, mesra dan kelakar untuk anak2 saya. Ada kala saya lemah juga dengan bisikan hati yang marah.

My dear friend Mrs X. Jangan begitu. Kalau ibu dah give up, bagaimana anaknya. 8 tahun usia yang sangat kecik....masih terlalu jauh perjalanan si kecik. Masih banyak yang perlu dilakukan.

Yang mengejutkan saya Mrs X kata setiap kali selepas marah anak lelakinya dia selalu teringat saya. Saya konfius jap. Dia kata saya lembut, mesra dengan anak2 saya. Saya panggil mereka sayang dan openly peluk mereka in public. Owh..saya tak berlakon. Itu saya rasa terapi terbaik untuk anak2 selepas balik dari sekolah. Semoga penat lelah mereka terubat dengan pelukkan saya. Semoga mereka kuat untuk memulakan hari2 mereka dengan hanya pelukkan dari ibubapa. Panggil sayang?...saya nak mereka tahu saya sayangkan mereka. Saya akan support their ups and downs sentiasa supaya mereka tahu saya bersedia mendengar apa saja mereka nak luahkan. Lembut?....hihihi...takkan nak marah dorang tanpa sebab kan....kesian budak tu. Kang dorang tak nak balik camno?.....

Ibu-ibu...nak jaga anak2 senang kan tapi didik yang susah. Saya sesak nafas kadang2 memikirkan anak2. Tapi always..always..at the end of the day...bahu suami yang saya cari. Tempat saya curahkan suka duka saya. Hubby tak romantik. Walau mata dia sibuk tengok PSP, tangan tekan button PSP tapi dia mendengar...hihih...bang PSP tu saya yang present yer....hahaha

Mrs X kata dia jeles dengan saya.

So saya sedar. Kenapa dia begitu sebelum ini. Kadang2 manusia tak memperolehi apa yang kita ada jadi mereka menunjuk2 apa yang mereka ada. Bercerita yang hebat2 dan cuba mengubah kita mengikut mereka. Berkat sabar dan berfikir secara waras saya sedar Allah telah menunjukkan saya perkara sebenar. Tak ke naya kalau saya alih2 terus marah2 masa memula kenal dia dulu hanya kerana dia sibuk bercerita tentang kehebatan suami dan keluarganya.

Perkara sama yang my boys hadapi dengan satu dua kawan di sekolah. Budak2 ni kata boys sombong dan berlagak. Bila balik sekolah boys tanya berlagak tu apa mama? Bila dorang ceritakan apa yang berlaku saya hanya bagi sokongan agar mereka jadi diri mereka. Mereka boleh pilih nak kawan dengan sesiapa asalkan jangan dengan budak jahat sudah. Kebetulan bila berbual dengan guru mereka satu hari guru mereka yang buka cerita yang haziq & hazim ada geng sendiri. Jadi mereka rapat sesama mereka. Jadi jika mereka kurang bergaul dengan selain kawan mereka, budak2 lain kata mereka ni geng berlagak. Mereka nak jadi sebahagian dari geng 7 sekawan ini. Owh...begitu ceritanya.

Mr Hubby juga kadang2 mengalami dilema politik ofis. Biasalah kan, mana2 pun ada. Kerana sikapnya yang keras hati dan tegas menjadikan dia kurang disukai. Tapi sebaliknya dikalangan bosses. Mungkin kerana dia outspoken dari segi kerja dan berpegang pada prinsip dia tidak mudah diubah. Kerana itulah ada rakan sepejabat tak suka padanya hanya kerana bosses selalu rujuk pada dia. Itulah sikap Mr Hubby yang saya kenal sejak zaman belajar lagi. Dia memang tak berapa disukai oleh kawan2 kelas kami sebab dia serius. Sampai ada orang tanya saya, kenapa la kau kapel dengan orang tua ni. Umur muda pemikiran macam orang tua...saya kata saya suka. Saya suka yang macam orang tua tapi nampak muda..hahaha

Entahlah......readers...kita tak boleh nak buat semua orang suka kita. Kita juga tak  boleh nak suka semua orang kan. Terpulang lah pada diri sendiri.

Looking back to past.....I learnt that life is precious. Buat apa pun kena ikhlas. Buat apa pun kena enjoy dan jangan pressure. Ikhlas sayang diri sendiri, ikhlas sayang suami, ikhlas sayang anak2, ikhlas sayang ibubapa, mertua,adik beradik dan kawan2. Kita mesti enjoy apa kita buat termasuk gosok baju berbakul2....sekian saya nak enjoy baca buku & gosok baju sekarang...bubai

Boys on MC

Tukang tulis... Syida@Mrs K at 9:12 AM 1 nak komen..
Takde mood sangat this week. Since mula start sekolah Haziq & Mr Hubby batuk2. Dah masuk second week Hazim & Myself pulak. Alhamdulillah Tisya ok. Strong little girl. Minggu ni dah 3 week. Haziq & Mr Hubby masih batuk2 lagi. Semalam bawa 2 beradik pergi klinik. Alhamdulillah takde yang serius. Total ubat kami berempat jer dah RM160!..I dont mind about that tapi hati sangat sedih dan risau. If I can kick and strangle the kuman batuk mesti dah lunyai. Kadang2 termarah dorang bukan sengaja. Geram pada batuk tu jer. Tak berenti hati berdoa pada Allah permudahkan lah segalanya.

Honestly a bit stress sebab I am a housewife...full time. So tanggungjawab kesihatan anak2 tentulah di bahu saya 90% kan. Twin memang senang kena batuk. Pakar pediatrik Doktor Roliza from DEMC pun dah cakap. Sebab mereka dilahirkan saiz agak kecil jadi paru-paru mereka mungkin tak strong untuk lawan kuman batuk2 nih. Tapi orang tua bukannya paham sangat benda macam ni. Alih2 mak jugak yang salah. Tak cakap directly tapi indirectly...*matilaa kalau my mom baca entry nih...sure dapat panggilan jap lagi...huhuhu
I have done my VERY BEST in making sure they are healthy all the time. Kalau Hubby sakit pun saya susah hati. Bukan sebab dia sakit je tapi indirectly saya juga yang kena. Wifey tak pandai jaga hubby..waaaaa sedey.....so entry kali ini tentang sakit. dan emosi seorang surirumahtangga sepenuh masa....

p/s sob..sob...Mr Hubby...boys...cepat la baik...

Monday, January 2, 2012

Dan mereka pun berkata "Relax la Mama..."

Tukang tulis... Syida@Mrs K at 1:51 AM 12 nak komen..
31 Dec 2011 adalah hari orientasi my boys....waaa...dah besar anak mama abah. Dah nak umur 7 tahun....dah masuk Tahun 1. Ofkos...saya orang yang sangat emosi...agak2 Azean Irdawaty pun kalah. Semalaman saya tak lena tidur okeh. Bangun pagi tu pun Mr Hubby kejutkan kalau tak sah terbabas. Teringat masa dorang kecik2...haaaa..cepatnya dah besar...

Pagi2 tu boys takde masalah nak bangun pagi. Semalamnya pun Haziq lambat sikit tido sebab katanya tak boleh tidur mata nih...nervous or excited I don't know.

Excitedly Mama siapkan dorang. Breakfast simple jer sebab takut perut dorang terkejut dah lama tak breakfast awal pagi kan. My lil girl pun kenalah bangun sekali. Also no complaint..Alhamdulillah...
Boys were excited! Satu, sebab rasa dah besar. Dua, sebab dapat pakai jam. Jenuh Mama mengajar masa cuti sekolah mengenai Masa okeh. Tiga, sebab pakai necktie!...boys kata rasa macam abah pulak....hihihi..owh...handsomenya anak2 mama abah. Dulu masa 1st time tengok Mr Hubby pakai necktie...cair jugak lah...now seeing my boys wearing it jadi touching pulek!...sila abaikan keemosian melampau ini yer....
 OWh.....my precious...(lagi sorang precious sedap tido atas bahu abah!)

Sampai skolah...wah...meriahnya!...Ibubapa dengan senyuman...anak2 ada yang muka nervous..ada yang muka ceria. Haziq & Hazim are both nervous & happy. They missed their friends too. So mata melilau cari rakan2 prasekolah dorang.
 



Mr Hubby kena dukung Tisya dan Mama mencari2 their seating area. Dorang kena buat ujian LINUS hari tu. Ujian Literasi & Numerasi...haaaa kata guru besarnya. Ujian ni untuk melihat kefahaman kanak-kanak tentang nombor dan membaca Bahasa Malaysia. Semasa ujian, ibubapa kena hadiri talk by teachers. Then baru ambik anak2 once they are done.

Dalam sibuk2 cari tempat Haziq & Hazim patut beratur....tetiba!

"HAZIQ.....HAZIM...HAI....."sore budak pompuan!....Erk!...haaa dah setat la Mama jeles...owh!...bukan 1 tapi 2...dan Mama bagi senyum kelat!...Abah bagi gelak evil* kat Mama.....Haziq & Hazim wave politely dan senyum2 malu...grrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr...................

Bila tengok mata Mama cam nak terkeluar...Haziq cakap " Ha...dah agak dah...mesti Mama jeles kan..."
Hazim pulak kata " Ops...bukan salah kami...dorang yang say hi..." Dan kedua-duanya berkata serentak..."Relax la Mama....."...

Dan sekali lagi Mr Hubby senyum meleret....sambil konon2 tahan gelak pandang Mama...."Owh budak2 tu dulu classmate Haziq Hazim kan.....sape nama dorang yer Mama?...." Haaaa sengaja la tu. Tanya Mama pulak.Dah! kita tukar sekolah.....sekolah budak laki2 jer....gila meroyan Mama nih....sila abaikan keemosian melampau ini sekali lagi.


At the end of the day...we had Pizza for lunch & balik rumah lepak2. Malam tak yah masak kata Mr Hubby (Weeeehuuuu kata Mama)  Kami bershopping di pasar malam saje. What a day!
 Budak yang pandai cakap inih...(Hazim tak nak ambik gambar....dia kata Mama ni asik main kamera ajer...)
 Jangan pikir banyak2...mari kita makan Pizza

p/s sehingga malam pun Mama dok teringat2 scene tu....huhuh.....macam mana la kalau dorang dah besar sok....kesian bakal girlfriend dorang kan.....)



New Year Lunch at Sahara Tent

Tukang tulis... Syida@Mrs K at 1:12 AM 5 nak komen..
Sambut tahun baru dengan bawa our parents (my in laws) makan Lamb Mandy di Sahara Tent. Nice place dan nasi serta rotinya sangat sedap. Mr Hubby and anak2 memang suka makan nasi Lamb Mandy nih. So kami bawa in laws ke sini untuk rasa nasi Arab nih. Masakan Lamb agak kureng hari ini. However we enjoy chatting and eating together. The boys even got toys hadiah dari grandparents. Last week pun kami gi makan jugak dengan parents (my parents). We had yummylicious ikan bakar and again the children dapat toys jugak dari atuknya!....Itulah sebab dorang nih syok sangat bergather-gather cam gini. Ada aje hadiahnya...tak payah tunggu birthday!.

Anyway, we had a good time...Family is where your heart belonged.





TQ dear...

Tukang tulis... Syida@Mrs K at 12:55 AM 5 nak komen..
31 December had always been a special day for me...A day that will always be cherished and remembered till the day I die.Alhamdulillah and Thank you Allah for your bless.

Setiap tahun selalu tertunggu apa kejutan dari suami. Mr Hubby tak pandai lovey dovey. Romantik pun tidak. But who am I to complaint2 kan. At least he is a responsible man. So I would never expect extra ordinary from him. As long as he remember and wish pun dah memadai.Ok..tipu..saya masih mengharapkan sesuatu darinya...kad at least..hahaha..

Saya dah dapat hadiah ni earlier...never accross my mind he would buy me this walaupun kami pernah bercakap mengenainya. Yet tak pernah la saya minta kan...betul..tak tipu.

Tetiba one Friday evening dia sms bagitau lambat balik sket sebab nak gi round2 kat Sogo. Erk?...laaaa pergilah...tak marah pun...Told him its ok and take care.

Dan sesampai jer rumah bawa satu plastik besar...owh...suspicious gak tapi buat macam tak paham. Something wrapped but not using Sogo punya wrapper ..(hahahaha...selalunya Mr Hubby guna wrapper Sogo jer...) So ingatkan ofismate punya kot..dia tukang beli...so angkat beg dia masuk rumah lepas greet dia kat pintu.

Then after dinner dia kat nak kopi boleh?...Ok. Tapi sebelum buat kopi dia panggil....Dan depan anak2 dia kata, abang bagi early present sebab 31 Dec nanti kita sibuk dengan hal anak2 (Boys have orientation day). Weeeee untuk saya la....akak sengih sampai telinga la......

Wrapping nya....red color okeh...siap ada tulis I LOVE YOU...waaaa...touching2..baru tengok wrapper!. Selama kami kawen dan couple dulu tak pernah dia wrap barang guna kata2 touchy2 nih...hahaha...
safe a piece of it....hahaha...nak buat kenang-kenangan

Hadiah ada 2...dia kata buka yang besar dulu.....Start la budak2 ni jeles.....Buka2 jer...Waaaaa...suka2...macam dapat something from kedai Habib Jewels tu...huhuhu...I got this....




 Siap dengan capsulesnya...3 perisa lagi..muhahaha...Mama nak minum sorang2


Muah2..sayang Mr Hubby. Kan dah saya kata dia tak pandai nak romantik2...tapi dia tahu macam mana nak touched my heart. He knows how I enjoy nescafe daily...so he bought this so that I can enjoy my Moccha & latte at home...

p/s....Mama learnt....I just in fall love again with him and falling in love with My DOLCE GUSTO....hahahaha...
(ema..sila la jeles....I might didn't get the COACH but I have DOLCE...u ada?....hihih...jauh bah...)
 

Sunday, January 1, 2012

Selamat Tahun Baru 2012

Tukang tulis... Syida@Mrs K at 11:59 PM 1 nak komen..
Salam Tahun Baru ! Semoga 2012 menjadi tahun yang indah & bahagia..Amin...

 

Mama vs Dunia Baru Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | Make Money from Zazzle|web hosting