Wednesday, July 4, 2012

Batu Karang & Abah

Tukang tulis... Syida@Mrs K at 5:26 PM
My dear Abah jarang sakit2. Paling teruk pun demam. Tak hairan sebab Abah memang heavy smoker. So sah2 la antibodi lemah kan.Susah nak suruh berhenti. Nasihat pun dah tak makan dah. Pernah saya dan Abah berselisih faham sebab rokok. Masa tu saya budak lagi. Punyalah nak Abah berhenti merokok sampai ugut Abah nak buang rokok dia kalau ada peluang. Nak jadi citer Abah misplaced rokok dia dan sangkakan saya dah buang. Kecik hati juga time tu sebab Abah tinggikan suara atas perkara yang saya tak buat. At last jumpa rokok tu dalam peti ais. Abah yang terletak dalam tu masa nak minum air sejuk. Abah memang tak pandai pujuk...the best he can do is belanja kami makan. Ihiks!..itu kisah lama.

Abah sangat independent. Dalam masa dia outstation pernah org cuba merompak dia tapi sebab dia melawan, org tu cuba cederakan dia dengan pisau. Nak jadi cerita Abah sempat menolak tapi tangan Abah terhiris pisau. Dah jadi macam tu org tu lari lintang pukang. Abah masih boleh berjalan ke klinik dgn tangan berdarah dan minta doktor jahit. Tapi sebab itu kes rompakkan doktor minta buat report polis dulu baru dia jahit. Abah dgn selamba minta izin jahit sendiri. Dan doktor tu siap tanya boleh tahan sakit ke. Alhamdulillah Abah ok dan drive balik ke rumah selepas itu. Mak dan kami terkejut sebab Abah langsung tak call sehinggalah dia sampai rumah.

Itu Abah saya. Kuat dan garang. Saya tak risau dia ke sana-sini sebab tahu dia memang kuat. Cuma adakala saya risau dan mohon Allah lindungi dia.

Tapi bila suddenly terima SMS dari adik memberitahu Abah sakit dan sedang diperiksa di hospital. Bergegar jantung kejap...Bila dapat tahu Abah meraung kesakitan sebab sakit semalaman rasa susah hati sangat. Sesungguhnya saya tak bersedia untuk susah hati lagi. Apa yang berlaku pada Mr Hubby tahun lepas masih kuat dalam ingatan.

Abah ada penyakit Batu Karang. Tapi itu bulan lepas. Alhamdulillah dia dah sihat. Rawatan moden & tradisional telah membantu Abah cepat pulih. My dear sister, Ema bersusah payah mencari rawatan utk Abah. Rasa terharu sangat sebab dia sangat membantu dan memahami situasi kakaknya yang jauh dan susah bergerak sana-sini membantu. Apapun moga Abah & Mak sentiasa sihat walafiat.

Sejak tahu Abah ada penyakit ni, baru la saya mula belajar dan memahami cara pencegah dan merawat. Thanks to few website and forums yang sangat membantu. Apa yang penting mencegah lebih baik dari merawat. Amalan pemakan yang seimbang dan baik adalah kunci kepada kesihatan yang baik.

p/s...dah kena baru nak tersedar kan....

2 nak komen..:

syiela said...

moga abanhya cepat sembuh.. memang sakit kena batu karang ni.. tengok dorang meringkuk kesakitan lagi.. kalau teruk boleh muntah2.. kesian sangat

Syida@Mrs K said...

Alhamdulillah..dah ligat balik dgn biznya. Tapi kena beringat dan jaga makan sebab it might come back.TQ!

 

Mama vs Dunia Baru Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | Make Money from Zazzle|web hosting