Thursday, July 19, 2012

Triologi novel of the month!

Tukang tulis... Syida@Mrs K at 11:30 PM
Sejak akhir2 ni selalu juga saya receiced few emails and I believe in Facebook pun ada juga sharing info berkenaan kejadian samun, cubaan rape or attack di kawasan parking membeli-belah. Owh..very scarry!

I looveee shopping or window shopping with my lil one except when she fall asleep during our trip. :) So sometimes when the boys and father at school and off to office we will went out together. Even to Giant or Tesco can make mum and her daughter happy enough! Tapi since kejadian2 menakutkan ini menjadi-jadi naik seram dibuatnya. Tambahan saya ada dgn anak saya ni. Kalau dia tercedera, saya rela mati. So aktiviti ini terpaksa di hadkan. Sampai nak biz pun saya kadang2 susah hati. Tisya pun dah tanya2 kenapa Mama tak bawa Tisya jalan2 shopping..huhuhuhu

So selepas berhempas-pulas dgn kerja2 rumah yang tak pernah habis ni saya mengadap novel selain my other books. So this month setakat hari ini saya telah menghabiskan 3 novel ini...hahaha...gila dah kejap.

Review sikit eh..
MAID by suri ryana
Owh! Best. Simple dan kelakar. Good as light entertainment. Kalau sesiapa suka bacaan yang ringan dan menghiburkan sesuai sangat. Konflik yang ada tak la heart ache sangat. So takde nanges2. Sekarang nak cari another of her novel "Isteri Separuh Masa, publisher: Kaki Novel"

ILHAM HATI by Damya Hanna
Errr...I love Damya Hanna's writing. First time baca her novel is Bicara Hati. Tapi Ilham Hati tak mampu buat hati saya menangis or terpaut. Bukan mood saya kot. But still her writing is good. Tak childish sangat dan smooth. Cuma jalan cerita dia kurang membuat saya terpaut. Takpe. Still it is worth buying & reading.

SEGALANYA UNTUKMU by Aleya Aneesa
First time baca hasil tulisan Aleya Aneesa. Jalan cerita sangat menarik tambahan ia mengaitkan dengan isu semasa iaitu penderaan, akibat bermain judi dan arak dan amarah seorang anak pada bapanya. Permulaan cerita dah suspen dan sepanjang penceritaan rahsia yang terjadi dibuka sedikit demi sedikit. Macam tengok drama pulak rasanya. Penderitaan watak utama, Jehanna membuat kita kesian sgt pada dia tapi pada masa yang sama geram dgn kedegilannya. Geram sebab banyak perkara boleh selesai dgn cepat dan dia boleh menikmati hidup lebih bahagia kalau dia boleh dengar penjelasan dan berfikir dgn rasional. Tapi kerana kisah silam menutup pintu akal dan hati dia untuk menyelesaikan masalah. (Sesuatu yang kita boleh belajar dari sini...jika masalah menimpa, jangan mudah mengalah dan melatah. Berfikir secara rasional dan mesti cuba mendengar penjelasan terlebih dahulu. Kemudian baru buat keputusan. :) )Tapi rasa geram sebab terlalu banyak konflik dicipta yang membuat saya rasa "omg...lepas satu-satu heartache"...hahah.
Best!

Lepas ni nak baca apa lagi ek?...new novels shopping this weekend!

P/s. Dulu Mama rasa membaca novel ni membuang masa. Saya tinggalkan hobby ni sebaik saya mula bekerja sebab saya tahu saya tak boleh nak stop baca kalau dah start. But I realize kadang2 permasalahan yang diwujudkan dalam novel ni memberi kita minda baru. Bagaimana kita harus menyelesaikan masalah itu. Apa kata pihak kedua dan ketiga? Bagus juga at least buat kita berfikir. Selain itu kalau baca novel BM ianya dapat mendedahkan kita dgn perkataan baru tambahan jika kita baca novel penulis yang senior. What say u?

0 nak komen..:

 

Mama vs Dunia Baru Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | Make Money from Zazzle|web hosting