Sunday, August 29, 2010

Good morning Sunday....

Tukang tulis... Syida@Mrs K at 7:22 AM
hero story kali ini...muka kesian sebab kena pakai mask.(heheh kita kena jadi masyarakat yg prihatin)

ops..jangan tertipu. muka cam comey jer tapi time ni dia dah borink. dah nak mengamuk sebab kena tunggu lama.heheh

Saya sangat suka lepas sahur. Lepas solat boleh la buat keje2 rumah ke, mengadap blog ke, balas email ke tak pun membaca. Hehehe sangat tenang.

Semalam kami ke DEMC Shah Alam. (Cantik sangat tempat baru dorang ni. Service pun best. Rasa nak beranak lagi jer sebab nak rasa tempat baru hehehe...nota untuk suamiku:....nak tambah?..bole tapi kena ambik Bibik balik ok...hehehe...tak larat teman...hehehe)Hazim batuk & selsema dan Tisya nak kena jap untuk 18 bulan punya. Tak semena-mena Hazim tetiba je batuk teruk. Nak kata makan asikrim, tak jugak sebab dorang memang tak boleh makan selalu aiskrim. Minum air sejuk pun tidak. Punya la jaga jangan batuk lagi, jadi jugak. Nak buat macam mana kan. Bukan dia mintak. Kata doktor mungkin allergi. Aisey so jap lagi kena la mengemas satu rumah buang habuk dan pantau makan minum Hazim sebab nak tahu punca dia tetiba batuk & selsema nih. Si tecik Tisya pula maintain je kena cucuk. Tapi bila malam nak tido baru panas. Alhamdulillah malam tadi panas dia tak naik. So kami tidur la berlima dalam satu bilik sebab ada org sakit nak kena pantau tengah malam.hehehe ...

Hari Ahad ni tak dapat la kami merayap sebab Hazim tak sihat. Ingat nak balik rumah mak tapi dah anak tak sihat malas nak hangkut dia sana sini. Kesian pun ade.


p/s mak....nanti angah buka puasa dengan mak ek. Mak jangan sedey ok. Angah janji balik nanti ok I love u....hehehe (nota ini buat mak saya ye sebab saya tahu dia akan baca blog saya dan nak tahu cerita cucu-cucunya. We love u mak!!)

budak ensem nih pun dah borink sebab twin dia tak sihat so geng main dia takde. main masak2 je lah dgn Tisya ek..

haaa dok diam kang ayam tu gigit kang....

ehhh..borak ke?...dengan saper tu?....

sebab borink Tisya mengambil pilihan yang paling tepat sekali iaitu Tido. dan tempat yg paling dia suka kat Abah dia...heheh Selamat la abg ku sayang malam nanti sakit tangan.heheh


2 nak komen..:

emma dangdut said...

salam,
from mak : its okay!nk datang bagitau...
mak sonok baca blog angah.its fun..at least i know wats happened n leh lepas rindu :')

emma+uteh+mak : kami doa moga hazim cepat sembuh :'\ AMIN.

emma dangdut said...

tak tahan gamba borak ngn itik tu.bdk dmam kuat bimaginasi :P

 

Mama vs Dunia Baru Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | Make Money from Zazzle|web hosting