Friday, July 27, 2012

Novels For Sale

Tukang tulis... Syida@Mrs K at 9:26 AM 0 nak komen..
Ada sesiapa yang berminat tak? Saya nak jual novel2 ini sebab nak cari duit raya...hahaha...
Saya dah baca novel ni so kira preloved item la. Tapi condition sangat baik ok. Sebab baca sekali jer dgn cermat.
Kalau sesiapa yang berminat pls sms@call my biz line yer 012-9793698


  1. Episod Cinta - Aira Aliff -terbitan Buku Prima-Harga pasaran RM 19.90 
  2. Akhir Sebuah Cinta - Siti Nur Dhuha - Buku Prima-HP RM19.90
  3. Dibius Cinta-Qash Irdina-Fajar Paker-HP RM19.90
  4. Segalanya Untukmu-Aleya Aneesa-Alaf 21-HP RM19.90
  5. Ilham Hati-Damya Hanna-Alaf 21-HP RM19.90
  6. Cinta Kontrak-Nurul Ain Syuhada-Karya Seni-HP RM20.00
  7. Suami Aku Ustaz-Hannah Dhaniyah-Karya Seni-HP RM22.00
Untuk novel no 1-5 harga cuma RM15 sebuah. Novel Cinta Kontrak RM17 dan novel Suami Aku Ustaz RM 18.

2/8/2012-SEMUA KOLEKSI NOVEL INI TELAH BERPINDAH MILIK KEPADA CIK AISHAH FROM KOTA BHARU :) THANKS DEAR....DAPAT LA SAYA BELI TUDUNG ALA2 FAREEDA TU...HUHUHU...









Wednesday, July 25, 2012

cerita 5 ramadhan

Tukang tulis... Syida@Mrs K at 10:10 AM 3 nak komen..
Salam,
Bermula 1st Ramadhan @ Sabtu 21 July 2012 my lil Tisya mula belajar potty training. Adussss....memula tu tak setuju juga bila Mr Hubby suggest it because tentunya first day of puasa rasa cam lembik sikit tapi bila pikir2 bila lagi nak start and Mr Hubby pun ada kat rumah boleh la tolong2 lap kan ...in case....huhuhu.

3 beradiks..Tisya tersepit sebab abang2 berebut nak ambik gambar dgn bb Tisya
My big girl...kakak Tisya....hugging her BoBoiboy's dvd collection..

Tisya was excited because dia rasa she is a big girl now. Memula dia cam peliks sebab pakai underwear kan. Pastu senyum2 sebab dapat pakai underwear Hello Kittynya. Bila dukung Tisya jer tak la rasa pampers lagi. First attempt...success!. Pandai pulak si Tisya cakap " Mama nak cencen"...apa lagi menderu Mama bawa gi toilet dan berjaya!. All of us cheered dan bagi dia big hugs and kisses. Happy sangat si Tisya. But the next one......tercicir depan TV, then kat carpet, then kat stool meja makan, then kat depan bilik......huhhuhu...ponat Mama okeh. Tisya a bit scared & sad sebab Mama Abah asyik cakap "Tisya, u have to tell if u want to cencen.." Then malam Mama still bagi pakai pampers lagi. Yelah budak tu dah stress belajar potty training.

Next day we tried again after 3pm sebab sepanjang pagi & tengahari kami gi kelas muzik dan shopping groceries kat Jusco. First attempt berjaya but not so lucky for the second and third one then Mama bagi pakai pampers sebab dah kesian budak tu cam frust je. Mama pun letih mengemop okeh

Then on Monday & Tuesday...Alhamdulillah. Tisya dah getting better and no more tercicir lagi. Mama dah ready gulung carpet takut terkena lagi. Sebab last Sunday tu beli her undies dan suruh dia pilih sendiri so Tisya gets excited to wear it. Dah besar anak Mama. Even her brothers were proud of her. For the time being untuk malam dan keluar jalan2 I still use diapers sebab she is still learning tapi InsyaAllah by next week nak start ajar no diapers for night. Seram gak kang banjir katil Vono Mama....huhuhu...she has her own bed in our bedroom tapi still keep coming back to Mama Abah nest...pantang tengok kami rapat sket mesti si Tisya akan cakap " Tepi sikit...tepi sikit...Sya nak tengah...."....kacau daun jer :P

As for the boys...Alhamdulillah setakat hari ni puasa masih penuh. Masih bersemangat. Cuma bangun sahur jer payah. Nak suruh makan pun jenuh. Tapi lepas sahur cargas!...

Few things in my mind...sedikit susah hati dan sakit hati...moga Ramadhan memberi keberkatan kepada saya dan keluarga....Ya Allah ku hanya vermohon padaMU...makbulkanlah permohonan ku...Amin..

p/s what's ur story?

Friday, July 20, 2012

Zawara.com

Tukang tulis... Syida@Mrs K at 10:43 AM 2 nak komen..




Salam dear,
Before start my day with usual chores sempat la update blog and visit some blogs too. Lately selalu tengok blogger wearing clothes from zawara.com. So Mama go and have a look. Wow..chanteknyer.....seriously sweet and nice. Nasib baik dah tak kerja cam dulu. Kalau tak habis dah duit gaji dok menabung kat situ...hahaha..

Yang bestnyer they offer online purchase. Dan yang paling menjakunkan saya..ye saya akui saya kagum dan jakun...Zawara.com ada Virtual Fitting Room. Gila canggih!. ahaks.

Sila try sendiri dan saksikan sendiri. Memang lain dari yang lain...emmmmm....baju raya MIL dah sponsor walau bukan my favourite color. Tapi tak salah kot nak cari untuk raya ke2, ke 3 dan seterusnya kan...hahaha..sabar2. kena training sok dah puasa. :)

so sila la lawat sendiri website dia ok. best arr..
Zawara.com


Salam Ramadhan Al-Mubarak

Tukang tulis... Syida@Mrs K at 9:48 AM 0 nak komen..
Alhamdulillah...ramadhan menjelma lgi. Saya masih bernafas untuk meraikannya.



Saya mohon ampun dan maaf atas segala salah dan silap saya. Mohon apa jua kelanjuran yang saya lakukan antara sedar dan tidak dimaafkan.

Semoga amalan kita diberkati dan kita bersabar dalam menjalani ibadah puasa kali ini.

To my mom and dan, my parents in laws, my sisters and brother in laws saya mohon maaf zahir dan batin serta halalkan makan minum saya. Salam Ramadhan.

p/s sudah hampir setahun kejadian tu berlaku rupanya. Tetiba hati jadi pedih kembali. Mohon Allah jauhkan segala musibah dan berkati kami sekeluarga. Amin...

Thursday, July 19, 2012

Triologi novel of the month!

Tukang tulis... Syida@Mrs K at 11:30 PM 0 nak komen..
Sejak akhir2 ni selalu juga saya receiced few emails and I believe in Facebook pun ada juga sharing info berkenaan kejadian samun, cubaan rape or attack di kawasan parking membeli-belah. Owh..very scarry!

I looveee shopping or window shopping with my lil one except when she fall asleep during our trip. :) So sometimes when the boys and father at school and off to office we will went out together. Even to Giant or Tesco can make mum and her daughter happy enough! Tapi since kejadian2 menakutkan ini menjadi-jadi naik seram dibuatnya. Tambahan saya ada dgn anak saya ni. Kalau dia tercedera, saya rela mati. So aktiviti ini terpaksa di hadkan. Sampai nak biz pun saya kadang2 susah hati. Tisya pun dah tanya2 kenapa Mama tak bawa Tisya jalan2 shopping..huhuhuhu

So selepas berhempas-pulas dgn kerja2 rumah yang tak pernah habis ni saya mengadap novel selain my other books. So this month setakat hari ini saya telah menghabiskan 3 novel ini...hahaha...gila dah kejap.

Review sikit eh..
MAID by suri ryana
Owh! Best. Simple dan kelakar. Good as light entertainment. Kalau sesiapa suka bacaan yang ringan dan menghiburkan sesuai sangat. Konflik yang ada tak la heart ache sangat. So takde nanges2. Sekarang nak cari another of her novel "Isteri Separuh Masa, publisher: Kaki Novel"

ILHAM HATI by Damya Hanna
Errr...I love Damya Hanna's writing. First time baca her novel is Bicara Hati. Tapi Ilham Hati tak mampu buat hati saya menangis or terpaut. Bukan mood saya kot. But still her writing is good. Tak childish sangat dan smooth. Cuma jalan cerita dia kurang membuat saya terpaut. Takpe. Still it is worth buying & reading.

SEGALANYA UNTUKMU by Aleya Aneesa
First time baca hasil tulisan Aleya Aneesa. Jalan cerita sangat menarik tambahan ia mengaitkan dengan isu semasa iaitu penderaan, akibat bermain judi dan arak dan amarah seorang anak pada bapanya. Permulaan cerita dah suspen dan sepanjang penceritaan rahsia yang terjadi dibuka sedikit demi sedikit. Macam tengok drama pulak rasanya. Penderitaan watak utama, Jehanna membuat kita kesian sgt pada dia tapi pada masa yang sama geram dgn kedegilannya. Geram sebab banyak perkara boleh selesai dgn cepat dan dia boleh menikmati hidup lebih bahagia kalau dia boleh dengar penjelasan dan berfikir dgn rasional. Tapi kerana kisah silam menutup pintu akal dan hati dia untuk menyelesaikan masalah. (Sesuatu yang kita boleh belajar dari sini...jika masalah menimpa, jangan mudah mengalah dan melatah. Berfikir secara rasional dan mesti cuba mendengar penjelasan terlebih dahulu. Kemudian baru buat keputusan. :) )Tapi rasa geram sebab terlalu banyak konflik dicipta yang membuat saya rasa "omg...lepas satu-satu heartache"...hahah.
Best!

Lepas ni nak baca apa lagi ek?...new novels shopping this weekend!

P/s. Dulu Mama rasa membaca novel ni membuang masa. Saya tinggalkan hobby ni sebaik saya mula bekerja sebab saya tahu saya tak boleh nak stop baca kalau dah start. But I realize kadang2 permasalahan yang diwujudkan dalam novel ni memberi kita minda baru. Bagaimana kita harus menyelesaikan masalah itu. Apa kata pihak kedua dan ketiga? Bagus juga at least buat kita berfikir. Selain itu kalau baca novel BM ianya dapat mendedahkan kita dgn perkataan baru tambahan jika kita baca novel penulis yang senior. What say u?

Monday, July 16, 2012

Please don't compare my boys (part2)

Tukang tulis... Syida@Mrs K at 7:05 PM 6 nak komen..
Hello peeps...boys still on mc hari ni. Demam dah ok tapi batuk2 pula yang sangat lebat...tesion mak dengar okeh. Si Tisya pun baru jer baik demam pagi ni...Alhamdulillah. Semoga anak2 mama sihat walafiat. Doakan anak2 saya yer. TQ

BTW..this is something I want to share with readers today...another incident happened to my boys regarding comparing or labeling matter.(pls refer previous entry) Thank you for reading.
..........

Kesian pada twin or multiples sebab selalunya mereka akan dibandingkan. But Mama and Mr Hubby tried our very best not to do this because we know their potential. Tapi yang sakitnya nak terangkan pada orang luar dari keluarga kami bahawa we dont appreciate their gesture or comment. Selalu...memang selalu sangat people akan cakap, " Owh..walau Haziq abang tapi dia rendah sikit kan...Owh Haziq abang? Kenapa badan dia kecik dari Hazim? Hazim makan sorang masa dalam perot Mama ye sebab tu gemuk sikit?...Oooo Haziq handsome sikit la dari Hazim...Hazim tembam sikit....Haziq nampak confident buat persembahan dari Hazim...Hazim nampak takut2....Hazim cautious but Haziq selamba jer kan..cool jer..." 

OWH Shut up! (I can just said that dalam hati..)pendapat2 cenggini I really dont like and felt sick to the bone & heart. Bab tinggi, rendah ni bukan beza sangat...beberapa cm sajer okay. Berubah muka Haziq bila org cakap macam tu! And immediately I will hug my boys and said "Beza tapi he is a good abang...kan Haziq?.." and I will slowly said without the boys hearing " Please don't say that. Haziq don't like that and its not nice". Bab Hazim tembam la, makan banyak dari Haziq la kurang handsome dari Haziq la or Hazim nampak tak confident la..what so ever..please la jangan cakap macam tu pada anak2 saya. You hurt his feeling and mine. Do you know Hazim is such a gentle brother? Do you know he always remind Haziq of his songkok before going to sek agama? Do you know Hazim don't mind playing masak2 with Tisya if Tisya asked him so? Do you know Hazim always remind Haziq not to play around in class or do stupid things at school that might injured him? or Do you know Hazim worked really hard for his solo performance at the concert? Do you know Hazim will hold Haziq when Haziq was having fever at school? Do you know this "tembam boy" always make sure Haziq remember to do his homework?Grrrr.....

As for Haziq, Do you know walaupun badan dia kecil sikit dari Hazim dia akan cari who ever yang baling pensel pada Hazim kat sekolah? Do you know he always beratur belakang Hazim just to make sure he can see if anybody hurt Hazim? Do you know Haziq love to sleep very close to Hazim so that he can have a good sleep?..Haaaaa tak tahu kan.... Banyak yang Mama Abah tahu tapi org lain tak tahu. Even their grandparents pun tak tahu. So please kalau nak mulakan bual bicara tapi takde idea, don't talk such crap. Its hurt okay.

Kami bersyukur dapat kembar tambahan ini anak sulung kami. Sangat2 bersyukur. Kami pun takde niat nak menyombong tapi kami ada hak untuk protect hati anak2 kami. Saya percaya ibubapa yang mempunyai kembar juga berpendapat begitu. Somehow jangan lupa anak2 yang bukan kembar pun tak suka dibandingkan sesama adik beradik. So please respect and try to see things differently.

Ada ketikanya bila twin need to do solo performance people will excitedly wait to see their performance. Then they will excitedly compared them. Owh....pleaselah! Kadang2 review orang2 ni macam nak masuk paper pun ader. Kalau twin ni jadi artis sure lagi teruk kan. Jangan jadi artis la ye nak...Mama tak sanggup.

Both of them have their personal preferences but they love to play together. Yes, they do argued and had brotherly argument but still they love each other deeply and I know it. By giving negative label or comparing them this will drew them apart. Making them having small dissatisfaction towards each other and this is dangerous. Sooner or later it will made them biggest enemy.

Cakap pasal performance, Haziq ada masanya kurang mahir bermain sesetengah lagu semasa praktis. Hazim lebih komited dan berusaha keras. Tapi ketika concert, Haziq akan buat persembahan dulu dan amazingly dia bermain dgn baik. Yet Hazim got nervous and played a bit shaky. I noticed this because I monitored their practice daily. But Hazim had done his best. Untuk main menggunakan kedua belah tangan dengan notes yang panjang untuk umur 7 tahun sangat susah yer kawan2. I know because I went to their class together with them since they are 4 years plus!.  So myself and hubby always said to both of them we were proud of u two. Hazim pernah cakap " But Hazim tak main dengan lancar tadi" We said " Its ok. We know you are good and had done your best" Hazim smile and that is priceless!

I read a book called " Parenting School Age Twins and Multiples-by Christina Baglivi Tinglof". One of the chapter in the book advised parents not to discuss your twin school performance with their teacher by asking both of them sit together with u. Ask one by one and discuss with the teacher. Then had a personal conversation with the first twin then the other one and reward them fairly. Never say " Why your brother is better than u? You are in the same class learning the same thing?" Jangan la cakap macam tu..rimas dorang. Sok2 dia buat bodoh jer kat kita bila kita komplain...kita gak yg sakit hati.

Tapi kalau terdesak nak compare pun biar positif sikit. Mama and Mr Hubby akan compare bila hal2 macam ni berlaku
Abah: "Kenapa Haziq copy buku Hazim?"
Haziq: "Haziq tak sempat nak salin apa yang cikgu tulis tadi"
Abah: "Kenapa Hazim sempat tapi Haziq tak? Haziq borak yer"
Haziq: " Tempat Haziq silau so selalu tak jelas bila cikgu dah tulis hujung2"
Abah: "ok"
(Di sek agama, Ustazah asingkan tempat duduk dorang. Haziq duduk tepi tingkap, Hazim duduk tengah :P)

Mama: "Kenapa lemah jer ni?"
Haziq: "Haziq tak larat nak main. Asyik batuk jer"
Mama: "Kan demam dah baik.Jangan la lemah sangat. Sakit kena lawan. Kan Abah dah pesan. Tengok
             Hazim main jer dari tadi walau batuk. Tisya pun lagi lasak. Sana-sini sepah. Dia pun batuk jugak"
Haziq:"Dia kuat. Haziq dah boring batuk. Baik baring jer"
Mama:"So Haziq tak kuat ker macam Hazim. Sama jer. Yang penting kita la yang kena pikir kita kuat. Pergi 
            main. Kalau Haziq tak main Hazim kena practice music sekarang" :)
Hazim:"Eh..apasal macam tu pulak?.....Ala...Haziq mari la main dengan Hazim.."
Mama:"Tak kira, kalau Haziq tak main asyik baring jer, Hazim yang kena practice"
Haziq:"Laaaa....oklah..gi main la ni.."


lepas 1 jam....


Mama:"Dah gi tido. Gi charge battery'
Haziq & Hazim: "Laaaa tido pulak...tadi suruh main..."


Hahahaha....kuasa seorang Ibu sangat awesome....sukehatimamajerkan....


anyway....please dont label or compare my children..dont do that to your children too. Kalau dah terbuat or terbiasa kita perbetulkan diri demi anak2. Tak rugi pun kan....
They gaduh

They kawan balik..




just another day with my children... a cup of nescafe while waiting my hunny bunny hubby..huhuhu  XOX










Friday, July 13, 2012

"Kau jangan nak kurang ajar.." omg...

Tukang tulis... Syida@Mrs K at 11:20 AM 0 nak komen..
Once upon a day...

Ni dialog Haziq with another annoying boy at their sek. agama.

Boooolat mata Mama bila dengar dia sebut dialog di atas. Oh No..No..No...saya pun bukan lah perempuan Melayu Terakhir tapi saya masih menjaga adab bercakap. But my "Aku Kau" dialog akan keluar bila tersangat marah contohnya tengah bergaduh dgn seseorang yang tak cukup education or sivik...ok itu citer lain. Citer masa sekolah rasanya. My mak sangat sensitif kalau kami adik beradik guna ganti diri Aku Kau ni.  Cukup dia tak berkenan. Tak cukup telinga nak tadah kata2 power dari mak kalau dia terdengar. Apa lagi kalau sebut perkataan tak elok. Lagi teruk kami kena khutbah. (TQ mak...I love u)

Berbalik kisah Haziq tadi. It happened during perhimpunan. Dalam Ustazah n Ustaz sibuk cakap kat depan, biasa la kalau ada budak2 yang tak duduk diam kan. So this one boy yang kelas lain dari twin menyakat si Haziq. This X boy is different boy yang pernah Mama citer sebelum ni.(That annoying litte boy..)

At first menurut Haziq this X boy tolak dia. Haziq buat bodoh jer. Malas nak layan. Then, X boy tumbuk belakang dia. Haziq chill lagi. Next he punched Haziq at the cheek twice. (mujur la tak lebam) Baru la si Haziq nak bertindak. He said " Awak ni apasal? Saya tak kacau awak pun" X boy just senyum dan mengajuk Haziq balik. Mana Hazim?...Si Haziq selalu beratur belakang Hazim sebab nak jaga Hazim. Dia kata kalau dia di belakang dia akan nampak sesiapa kacau Hazim (huhuhu...so sweet) So at first Hazim tak sedar incident tu. Bila dah dengar Haziq sound budak tu baru dia sedar.

"Aku punya suka la!" kata X boy. Then cuba nak pukul Haziq lagi. Then baru la si Hazim tarik Haziq supaya tak kena. Tapi si Haziq ni kepala angin sikit. Bila dengar budak tu cakap macam tu...lagi panas hati la dia. So that's why dia keluar ayat tu.. "Kau jangan nak kurang ajar!"...adehhh...cam gangster Kampung Pinang. Baru budak tu diam.

Ahaks!..gila garang anak Mama. Tanya Hazim masa tu Hazim buat apa? Hazim kata dia pujuk Haziq supaya jangan layan budak tu lagi. Then dua beradik ni gi la mengadu pada Ustazah dorang.

Bila tanya mana Haziq dengar ayat macam tu? Dari Mama Abah ke? Dia kata kat TV. Tanya lagi kenapa guna ayat tu? "Sebab budak tu kurang belajar tentang manners. So maksudnya budak tu kurang ajaran la. Takkan nak cakap Kurang Ajaran pulak". Seeee....budak punya pikiran. >o<

Mama kelu jap. Mr Hubby sengih jer sebab dia rasa Haziq got his brilliant point there. Tapi Mr Hubby rasa Haziq patut bertindak ketika kali kedua budak tu kacau. Jangan tunggu dah 3/4 kali baru nak bersuara. But still I don't really approved his words but I kept it to myself. Mati akal jap. But he did got his point there kan?..nak argue macam mana lagi dgn Si Haziq ni?.....

p/s...Jangan jadi gangster sudah yer nak...Mama yang naik hantu kang...hahaha

Thursday, July 12, 2012

Demam la pulak..

Tukang tulis... Syida@Mrs K at 10:10 AM 0 nak komen..
Mood tak best hari ni sebab boys demam...Aduyaiiii.....susah hati mak nak.....Cepat la sihat....Ya Allah sembuhkanlah demam anak2ku..Amin...

Tuesday, July 10, 2012

Please Dont Compare/Label my children..tq :) (part 1)

Tukang tulis... Syida@Mrs K at 6:36 PM 3 nak komen..
One day Mama ke Giant with boys and lil' Tisya. Hari tu sek agama boys cuti. So after school boys excitedly minta pergi jalan2. Since Tesco & Giant adalah yang paling dekat dan senang nak pergi so we went there. After they call their Abah for permission then off we go dengan baju sekolah tu. We had great lunch together then jalan2 kat Giant. Masa nak bayar twin excited nak bayar sendiri hadiah father's day dorang. Then came this girl yang kerja kat kaunter bayaran tu tanya soalan yang sangat2 biasa iaitu

Giant Girl: Eh twin ke kak?
Saya: Ye. sambil senyum
GG: Mana abang yer?
Saya: Haziq, say something.

But I realized tetiba dia jengketkan kaki sikit. Bagi nampak tinggi. (huh...???)

GG: Owh...naper abang pendek dari adik?
Saya: Dik bole cepat sikit?.

Haziq came to me and hug me from behind. As for Hazim he just hold Haziq's hand.

Mama start buat muka tak friendly. Normally I don't tapi bila terpandangkan Haziq jengketkan kaki tu saya mula sedar Haziq dah mula kecil hati dan tak suka being compare. He is getting older....That time saya macam tersedar yang Haziq dah mula rasa tak yakin dgn diri dia. Haziq mungkin tahu Mama & Abah tak pernah kisah hal tinggi rendah ni tapi bila banyak sangat org dok cakap benda yang sama selama 7 tahun, dia makin mula rasa rendah diri.

I just hug him right there after bayar dan cakap pada dia Mama dan family kita sayang Haziq dan ketinggian Haziq bukan bermakna Haziq tak pandai, tak baik dan apa saje. Hazim pun suddenly cakap "Org tu tak idea nak cakap apa sebab tu cakap benda macam tu. Lain kali baik tak payah cakap kan..."

Haziq: "Mama...kenapa orang kalau tegur twin jer mesti cakap macam tu?...Mesti nak tahu beza? Kenapa dorang tak boleh just tengok sahaja dan don't say anything?...Haziq dah bosan dengar benda yang sama"

Anda tahu perasaan saya? Perasaan seorang ibu? Keluhan yang macam ni bagai merenyuk2 hati saya sebab saya sedar Haziq kehilangan sebahagian kecil dari keyakinan diri dia.

Another since few days then, it was during weekend. Kami ke Jusco for groceries shopping. Sekali lagi di tegur pekerja Jusco pula. Girl tu baru cakap "Owh..twin ye kak?.." Haziq immediately peluk dan berdiri belakang saya. Tak mahu org tu cakap lagi dan tengok dia. Hazim pula terus pegang Haziq sambil buat2 borak dgn Tisya yg duduk dalam trolley. See........how he hate that comment...

I will share more incident in my next entry. Being twin memang nampak comel dan best. Tapi manusia memang suka compare!. Please...being their parent we try very best to treat them individual sebab nak mereka tahu keistimewaan mereka sebagai individu bukan pair.

I believe ramai parents of twin and multiple mengalami situasi yang sama. Selagi anak mereka ok dan tak paham lagi takpelah. Tapi kalau mereka makin besar dan mulai faham tentu tak best. Kita pun tak suka kena compare dgn adik beradik kita kan?. Sapa yang comel? sapa yg pandai? Sapa yang cantik? sapa yang gaji besar? etc..the list will go on and on...

Till we meet in my next entry...Thanks.

LOL



no matter what Tisya yg paling bertuah sebab punya 2 abang yang muka sama yang sanggup layan dia main masak2 dan playhouse :)

Monday, July 9, 2012

Happy birthday to my dear Mr Hubby

Tukang tulis... Syida@Mrs K at 11:00 PM 0 nak komen..
Alhamdulillah.
Happy Birthday Mr Khairul
We love u very much!


Friday, July 6, 2012

Cepat & Mudah...tips utk bekal makanan anak ke sekolah

Tukang tulis... Syida@Mrs K at 9:23 AM 3 nak komen..
Salam Jumaat...
Tetiba cam rajin nak buat entry ni. Saja nak kongsi cara saya untuk jadikan bekalan makanan anak2 ke sekolah lebih cepat tapi menarik serta bagus untuk anak-anak.

My boys memang belum diberi duit belanja untuk beli makanan di kantin. Bukan boycott makcik kantin tu yer (walau sedikit kerek..) tapi Haziq & Hazim memang tak suka berebut dan tak pandai berebut. Berebut dengan adik beradik pandai la... :P So takut kang tak sempat makan la pulak. Anyway kalau kita bagi bekal kat anak2 tu masa tu la kita doa-doa sikit kat anak. Berkat air tangan kita anak jadi lebih bijak, mendengar kata & baik. InsyaAllah..

Boys tak suka bekal nasi2 ker, mee ker sebab dorang kata leceh nak makan.Budak laki kan..memanjang nak cepat. Bukan dorang main pun cuma Haziq & Hazim tak suka leceh2. Makan kat rumah lagi best katanya.

So kadang2 Mama ketandusan idea. Kadang buat Pizza Wrap, Cheezy Bread, Cake Chocolate etc sampai takde idea dah. Ada masanya bila nak superfast tu rasa tak cukup tangan nak buat itu ini. So to mommies yang takde idea why dont u try my way...hihihii

Hari ni saya nak introduce ..Donut Sosej Ayam Mini..beli kat Tesco. Satu kotak ada 10 ketul. Comey2 jer besarnya. Sesuai la untuk anak2 makan sambil borak2 dgn kawan2 kan...hihihi..teringat zaman sekolah dulu.


ni kotaknya. Sila cari kat Tesco kalau berminat

keluarkan dari fridge dan defrost untuk 5 minit pun ok

Saya suka guna Oven dari Microwave sebab nanti rotinya sedap macam kat bakery. Kalau microwave roti jadi lembab.
Tak lama, cuma 5 minit dgn 180degree

Dan cukup sorang 3 ketul. Kalau sempat potong cheese kecil2 dan letak atas roti before masuk oven. Rasa dan bau lagi sedap kata boys.

Sambil boys breakfast, sempat la Mama bersilat2 di dapur tu. Tapi dgn roti sosej ekspress ni tahap bersilat-silat dapat dikurangkan. Kalau tak boys pun takot nak tegur..ahaha

Set bekal ni bukan tuk anak2 jer. Mr Hubby pun dapat bekal sekali. Senang tak terkejar nak gi breakfast kalau2 sampai opis lambat. Yelah bukan boleh expect jalanraya pepagi ni kan. 

Orite. I got few more ideas. Lain kali saya citer ok. Tata..masa utk surirumah jemur baju.hihihi

p/s..walau bukan buat A-Z at least bab bakar n masuk dalam bekal tu keje mommies kan. Huhuhu...jangan lupa hembus sikit bagi kasih anak2 dan suami lekat kat kita sentiasa..Amin...hahaha..jangan la Mr Hubby baca update ni :P

Thursday, July 5, 2012

That annoying little boy...

Tukang tulis... Syida@Mrs K at 11:00 PM 2 nak komen..
Semalam I had a 20 minit talk with the boys. Just want to share with caring readers out there and perhaps if this happened to your precious, you will be prepared.

Haziq & Hazim were annoyed with a boy at their sek. agama. Biasa la budak2. Entah apa silapnya this boy ejek twin and asked other friends not to befriend them. Dia kata kuku 2 beradik ni panjang la, telinga kotor la...(pls yer...they were fine except kuku a bit longer). Tapi yang bagi boys sangat sakit hati ialah bila dia ajak2 org lain jangan kawan dgn dorang. And another thing that makes Haziq angry the most is they didn't know this boy. Kelas lain katanya.
I remember when I was in secondary school. I was having a meeting with my Girl Guides friends at the school canteen. Came this boy who suddenly interrupted the meeting. I just ignored him and continue with the meeting. He is soooo annoyed when I able to ignore him suddenly shouted at me and threaten  to beat me up...(Gila ke budak lelaki ni ...) I said I didn't know u that's why I didn't talked to u. He said everybody knows him... (Hahaha..very funny!)....Cut the story short, he came to me the next morning and said sorry. I was being informed that the Headmaster had warned him after few teachers reported it (which I didn't know at all) and my mom came to school and wanted the Headmaster to warn him (also I didn't know until I came home that day). In addition my guys friends had a "boys talk" with him! (huhuhuh...i miss u guys..)

In conclusion, sometimes if u being hurt but u didn't know what u did wrong, maybe that person were annoyed because you able to ignore him. Tak kira berapa annoying pun sikap dia, your inner strength berjaya mengawal emosi dan sikap you untuk balas dia balik. So sebab tu dia rasa sakit hati sebab tak berjaya buat kita sakit hati!..Aha!..Tink! 

Ini yang Mama bagitau the boys. "Mungkin ada sesuatu yang buat budak lelaki tu geram dgn Haziq & Hazim. So benda2 simple dan tak masuk akal pun akan jadi hal. Dan benda macam ni berlaku bukan di kalangan budak2 sahaja, orang dewasa pun sama. The boys were suprised ! They said" Takkan la org besar pun boleh buat perangai budak2?" Tink!..something to learn huh big gals/guys....hihihi

The more you ignore him the more he felt annoyed and eventually will stopped that attitude and maybe will become your friend one day. So just be yourself. If the whole world didn't want to be your friend, you still got each other, Tisya, Me & your Abah to be your best pal!"

Being a parent Mama belajar untuk bersedia dengan apa saja persoalan dari anak2. Kadang2 kenangan lampau kita memberi pengajaran berguna utk anak2. Kita pun tak sangka yg salah satu kenangan yang nak kita lupakan rupanya menjadi satu cerita inspirasi utk anak2. I never like that incident. I still remember it in detail but now I learnt that incident had made me stronger and wiser. (and popular!...ihiks!)

p/s..tink! tink!....what your story ....

Wednesday, July 4, 2012

Batu Karang & Abah

Tukang tulis... Syida@Mrs K at 5:26 PM 2 nak komen..
My dear Abah jarang sakit2. Paling teruk pun demam. Tak hairan sebab Abah memang heavy smoker. So sah2 la antibodi lemah kan.Susah nak suruh berhenti. Nasihat pun dah tak makan dah. Pernah saya dan Abah berselisih faham sebab rokok. Masa tu saya budak lagi. Punyalah nak Abah berhenti merokok sampai ugut Abah nak buang rokok dia kalau ada peluang. Nak jadi citer Abah misplaced rokok dia dan sangkakan saya dah buang. Kecik hati juga time tu sebab Abah tinggikan suara atas perkara yang saya tak buat. At last jumpa rokok tu dalam peti ais. Abah yang terletak dalam tu masa nak minum air sejuk. Abah memang tak pandai pujuk...the best he can do is belanja kami makan. Ihiks!..itu kisah lama.

Abah sangat independent. Dalam masa dia outstation pernah org cuba merompak dia tapi sebab dia melawan, org tu cuba cederakan dia dengan pisau. Nak jadi cerita Abah sempat menolak tapi tangan Abah terhiris pisau. Dah jadi macam tu org tu lari lintang pukang. Abah masih boleh berjalan ke klinik dgn tangan berdarah dan minta doktor jahit. Tapi sebab itu kes rompakkan doktor minta buat report polis dulu baru dia jahit. Abah dgn selamba minta izin jahit sendiri. Dan doktor tu siap tanya boleh tahan sakit ke. Alhamdulillah Abah ok dan drive balik ke rumah selepas itu. Mak dan kami terkejut sebab Abah langsung tak call sehinggalah dia sampai rumah.

Itu Abah saya. Kuat dan garang. Saya tak risau dia ke sana-sini sebab tahu dia memang kuat. Cuma adakala saya risau dan mohon Allah lindungi dia.

Tapi bila suddenly terima SMS dari adik memberitahu Abah sakit dan sedang diperiksa di hospital. Bergegar jantung kejap...Bila dapat tahu Abah meraung kesakitan sebab sakit semalaman rasa susah hati sangat. Sesungguhnya saya tak bersedia untuk susah hati lagi. Apa yang berlaku pada Mr Hubby tahun lepas masih kuat dalam ingatan.

Abah ada penyakit Batu Karang. Tapi itu bulan lepas. Alhamdulillah dia dah sihat. Rawatan moden & tradisional telah membantu Abah cepat pulih. My dear sister, Ema bersusah payah mencari rawatan utk Abah. Rasa terharu sangat sebab dia sangat membantu dan memahami situasi kakaknya yang jauh dan susah bergerak sana-sini membantu. Apapun moga Abah & Mak sentiasa sihat walafiat.

Sejak tahu Abah ada penyakit ni, baru la saya mula belajar dan memahami cara pencegah dan merawat. Thanks to few website and forums yang sangat membantu. Apa yang penting mencegah lebih baik dari merawat. Amalan pemakan yang seimbang dan baik adalah kunci kepada kesihatan yang baik.

p/s...dah kena baru nak tersedar kan....

Sweet Memories @ Langkawi

Tukang tulis... Syida@Mrs K at 4:47 PM 3 nak komen..
Alhamdulillah, akhirnya kami jejak semula Langkawi setelah 2 tahun. This is my 4th time here since 9 tahun berkahwin. Dok ulang-alik gi Langkawi sampai my MIL naik pelik sebab balik2 holiday Langkawi...Hihihi...ala relax lar mak....dah kami anak beranak suka tempat tu nak buat macam mana kan...hihi

This time Mama request kat Mr Hubby tak nak jalan2 sangat. Nak banyak relax jer. Budak2 pun syok mandi pool dan main pasir kat pantai Cenang jer. The place was so nice as usual. Cuaca cantik sepanjang kami di sana walaupun kekadang rasa berlengas badan sebab panas melekit. Takpe yang penting hati suke...

Mr Hubby sponsor lebih sikit kali ni sebab tahu Mama suka sangat chocolate. So borong chocolate jer dekat RM200! ahahah..sayang abang!...Haziq & Hazim pun pening Mama pilih chocolate lama sangat katanya. Eleh...kang dorang pun sibuk nak makan jugak.

Lagi satu tempat wajib kami pergi ialah The Loaf. Makan roti pun dah happy sangat sambil feeling2 kat oversea sebab depan kedai adalah harbour. Kapal2 mewah berlabuh kat area ni. Sebelum tu kami mesti masuk Underwater World sebab anak2 memang suka ke situ.

Tapi dalam seronok2 berholiday, on our last day there, Mr Hubby kena food poisoning. On Thursday nite kami makan di gerai Kampungku, Pantai Chenang (dekat dgn rumah penginapan BNM). Hajatnya nak tolong org kita sebab tengok gerai tu milik org kita dan tak semaju gerai2/restoran lain kat situ. Honestly a bit frust sebab memang agak lambat makanan sampai tp kami relax je la. Lepas tu kualiti agak menyedihkan. Dalam tomyam yg kami order cuma ada seekor ajer udang. So Mama malas nak kopek kulit udang so bagi MR Hubby aje la. Tapi rupanya, itulah penyebab Mr Hubby food poisoning. That nite, 2-3 kali Mr Hubby berulang ke toilet. The next day is Friday. Nak jadi citer takde klinik yang buka. Farmasi pun tidak! At last kami cari pil Chi Kit Tek On tu kat stesen minyak je. Kesian Encik Suami. Waktu tu Mama rasa cepat la balik KL. Nak pergi klinik. Risau takut Mr Hubby dehydrate.

That Friday nite, Encik Suami gagahkan diri bawa kami having dinner kat Restoran Rasa. He still wants us to have a good time walau dia sendiri menahan sakit. Thanks dear..

Saturday kami fly back to KL n sampai jer rumah, letak beg terus keluar balik pergi klinik. All well ends well. Alhamdulillah kami selamat pergi dan kembali. Thanks my hunny bunny hubby untuk hadiah holiday ini. This my 9th anniversary gift. Hadiah Mama utk Hubby?...rahsia.


















p/s...Langkawi...we will be back....next year perhaps?...hihihihi

Life is Full with Surprises

Tukang tulis... Syida@Mrs K at 4:17 PM 0 nak komen..
Dah sebulan lebih tak berblogging. Banyak benda nak buat. Sempat tgk blog tapi tak sempat nak update. Life is full with so many surprises kan. Ada perkara yang kita tak jangka dan tak sangka akan berlaku pada kita berlaku juga. Semua itu atas kehendakNya dan Alhamdulillah semuanya dapat dihadapi dgn sabar.

Tau PHD?....bukan PHD yang diterima oleh golongan cendiakawan tu. PHD-Penyakit Hasad Dengki. Benda yang makin biasa dan terbiasa di kalangan manusia sekarang. Kadang2 tu terang2 tunjuk "dia" tak suka dgn kita. Tak segan langsung membuka aib sendiri. PHD kalau dah sampai menduakan Allah sangat merbahaya. Kesian pada suami/anak/bini orang yang "dikenakan" tu...Tapi perlu sedar setiap yang berlaku takkan berlaku tanpa izinNya. Kesengsaraan yang dihadapi mungkin bertujuan mengingatkan manusia yang kadang2 lupa & leka. Kembali berpijak di bumi nyata dan kuat menerima dugaan itu. Yang penting perbuatan tak bertamadun tu jangan diikut jangan didendami.

Semoga Allah melindungi kita....Amin

p/s...mood emo petang hari ni....nak cari cendol lah...hihih
 

Mama vs Dunia Baru Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | Make Money from Zazzle|web hosting