Friday, July 6, 2012

Cepat & Mudah...tips utk bekal makanan anak ke sekolah

Tukang tulis... Syida@Mrs K at 9:23 AM
Salam Jumaat...
Tetiba cam rajin nak buat entry ni. Saja nak kongsi cara saya untuk jadikan bekalan makanan anak2 ke sekolah lebih cepat tapi menarik serta bagus untuk anak-anak.

My boys memang belum diberi duit belanja untuk beli makanan di kantin. Bukan boycott makcik kantin tu yer (walau sedikit kerek..) tapi Haziq & Hazim memang tak suka berebut dan tak pandai berebut. Berebut dengan adik beradik pandai la... :P So takut kang tak sempat makan la pulak. Anyway kalau kita bagi bekal kat anak2 tu masa tu la kita doa-doa sikit kat anak. Berkat air tangan kita anak jadi lebih bijak, mendengar kata & baik. InsyaAllah..

Boys tak suka bekal nasi2 ker, mee ker sebab dorang kata leceh nak makan.Budak laki kan..memanjang nak cepat. Bukan dorang main pun cuma Haziq & Hazim tak suka leceh2. Makan kat rumah lagi best katanya.

So kadang2 Mama ketandusan idea. Kadang buat Pizza Wrap, Cheezy Bread, Cake Chocolate etc sampai takde idea dah. Ada masanya bila nak superfast tu rasa tak cukup tangan nak buat itu ini. So to mommies yang takde idea why dont u try my way...hihihii

Hari ni saya nak introduce ..Donut Sosej Ayam Mini..beli kat Tesco. Satu kotak ada 10 ketul. Comey2 jer besarnya. Sesuai la untuk anak2 makan sambil borak2 dgn kawan2 kan...hihihi..teringat zaman sekolah dulu.


ni kotaknya. Sila cari kat Tesco kalau berminat

keluarkan dari fridge dan defrost untuk 5 minit pun ok

Saya suka guna Oven dari Microwave sebab nanti rotinya sedap macam kat bakery. Kalau microwave roti jadi lembab.
Tak lama, cuma 5 minit dgn 180degree

Dan cukup sorang 3 ketul. Kalau sempat potong cheese kecil2 dan letak atas roti before masuk oven. Rasa dan bau lagi sedap kata boys.

Sambil boys breakfast, sempat la Mama bersilat2 di dapur tu. Tapi dgn roti sosej ekspress ni tahap bersilat-silat dapat dikurangkan. Kalau tak boys pun takot nak tegur..ahaha

Set bekal ni bukan tuk anak2 jer. Mr Hubby pun dapat bekal sekali. Senang tak terkejar nak gi breakfast kalau2 sampai opis lambat. Yelah bukan boleh expect jalanraya pepagi ni kan. 

Orite. I got few more ideas. Lain kali saya citer ok. Tata..masa utk surirumah jemur baju.hihihi

p/s..walau bukan buat A-Z at least bab bakar n masuk dalam bekal tu keje mommies kan. Huhuhu...jangan lupa hembus sikit bagi kasih anak2 dan suami lekat kat kita sentiasa..Amin...hahaha..jangan la Mr Hubby baca update ni :P

3 nak komen..:

syiela said...

memang tak sempat nak buat bekal.. cuma sediakan air je pepagi di makan dgn roti huhu

Syida@Mrs K said...

Hope this idea helps.. :)

Anonymous said...

thanx for sharing...

 

Mama vs Dunia Baru Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | Make Money from Zazzle|web hosting