Thursday, November 19, 2009

Touching Mama...

Tukang tulis... Syida@Mrs K at 1:21 AM 0 nak komen..
Di satu hari yang indah..hehehe

Hazim: Mama, nanti Hazim nak cari macam Mama la...
Mama: Cari apa? (dengan muka confius sambil tangan masih menyuap twin makan..)
Haziq: Haziq dengan Hazim nak cari isteri macam Mama...
Mama: (dengan mata yang macam nak terkeluar sebab terkejut & terkedu)...errr naper?
(walau dalam hati cam nak marah sebab baru 4 tahun dah pandai cakap isteri!!)
Hazim: Yelah....Mama baik, pandai masak, bijak, sayang Haziq,Hazim & Tisya,jaga kami,ajar
kami macam-macam. (ops...Mama dah kembang semangkuk tak jadi marah...hehehe)Mama: Ye ke?....(dengan muka yg berseri-seri..huhuhu)
Haziq & Hazim: Mama stop work untuk Haziq, Hazim,Tisya dan Abah. Mama nak jaga Haziq
Hazim dan Tisya. Mama baik ler tu...Kami nak isteri macam Mama....

......dan semasa itu Mama terasa air mata mengalir...terharu sangat. Bijak anak2 Mama. Baru umur 4 tahun ++ mereka seakan faham pengorbanan Mama utk keluarga. Ya Allah sesungguhnya Kau sangat pengasih dan pemurah kerana memberikan ku anugerah yg sangat berharga ini.....Abang,Haziq,Hazim & Tisya, Syukur Alhamdulillah...

Saturday, November 7, 2009

Kawan baru..

Tukang tulis... Syida@Mrs K at 2:31 AM 0 nak komen..
Sibuk tul 2-3 minggu ni menguruskan anak2 & rumah. Tapi dalam sibuk2 nih sempat gak saya melawat beberapa blog. Suka sangat blog yang jual preloved & new toys. So dah berkenan beli la..Syok la twin sebab dapat barang baru. Tak sempat nak ambik gambar ,nanti la saya upload.
Dalam syok beli2 ni & blogging sana sini sempat la berkenalan dengan few mothers yang sama2 macam saya. Stay at home to concentrate on family di samping cari poket money thru online biz. Ada gak yg bekerja tapi mempunyai pendapat & thinking yang sama dalam membesarkan anak2. Seronok rupanya blogging nih yek. Dulu tak sempat la nak surf sana sini sebab awal pagi dah kluar bekerja, malam pulak dengan anak2 & suami, tengah malam sibuk dgn kerja rumah yg tertangguh. Jarang sangat saya dapat surf internet.
Alhamdulillah kehidupan lebih bermakna sekarang walaupun sangat penat. Tapi saya puas dengan apa yang saya buat setiap hari walaupun kadang2 rasa macam cepatnya hari berlalu. Tapi tipulah kalau kata tak rindu pada alam bekerja dulu. Bila belek blazer & blouse jer terbayanglah juga...To Marziah..I miss our lunch hour together, especially during members' sale at Isetan KLCC..heheheh

Sunday, October 11, 2009

Haziq & Hazim Join Class Music..

Tukang tulis... Syida@Mrs K at 11:55 PM 1 nak komen..
Heheheh dah besar anak2 teruna Mama...Actually hari ni 2nd day twin join Junior Music Course kat Yamaha. Tapi JMC ni programnya parent kena follow. Sepatutnya 1 child 1 parent tapi memandangkan takde sape nak jaga Batrisyia, Mama sorang jer kena gi. Mr K dengan rela hati menjaga little girl. Mama memang cari program yg involve parents sebab Mama nak tau apa yg dorang ajar jadi kami bole praktis kat rumah. Another thing Mama bole tahu their own progress in class.

Oklah nampaknya twin seems enjoying the class. First time belajar berkawan....tapi twin boring sket sebab takde budak lelaki. Semua pompuan jer. Pastu 7 org dalam class tu semua Cina kecuali kami. Bagus jugak at least twin will try to communicate in English. Dulu mama takde peluang cam gini therefore I want them to learn. Furthermore music can motivate their mind & creativity. Mana tau dah pandai sok bole main piano cam Abah pulak.

Alhamdulillah Batrisyia tak banyak hal tinggal ngan Abah. Siap gi lepak2 kat Bee's Cafe lagi okeh!. Memang Abah lulus cemerlang lah jaga Batrisyia. (Nasib baik class 1 jam jer..)

To Daddies & Mummies out there, kalau rasa teringin nak lebih tau pasal program ni gi la Yamaha Music School dan tanya mengenai JMC. Specially for children 4 to 6 years old dan program ni untuk 2 tahun (maksudnya Mama kena ikut twin gi class for 2 years.... ><...

Since last week dah dok menyanyi dgn twin kat rumah dan at this moment pun music tu dok terngiang ngiang kat telinga Mama... ME RE DO RE ME ME ME....jangan bercakap dalan tido dah... Tapi syok gak Mama pun dah pandai cari DO RE ME kat keyboard tau. Mama belajar benda baru dengan xcitednyer!! (Next time turn Batrisyia nak suruh Mr K pulak bawak..heheh)

Saturday, October 10, 2009

Tersentap...

Tukang tulis... Syida@Mrs K at 12:25 AM 2 nak komen..
Dah lebih 24jam pun hal tu berlalu tapi rasanya makin berbisa. Nak cakap ke tak..nak cakap ke tak...ish cakaplah... maka terluahlah segala yg bersarang di hati pada Mr K. Hubby selalu jadi pendengar yg setia. Masa keje bank dulu almost everyday Mr K setia mendengar keluhan mama. Bukan tu aje siap airmata & sedu sedan ler. Dan setiap kali selepas sesi luahan hati mesti mama lega sangat. TQ abah..

Apa yang menyentap mama?..."OOO u dah full housewife ke...eiii bestnya dapat lepak..." EXCUSE ME....ingat housewife ni keje nye lepak je kat ghumah je. Punya la panas hati masa tu. Kalau simbah air pun sure takde pape time tu. Ye..mama sensitif, tapi ini hak mama.

Kalau tak tahu jangan buat2 tahu. Terkilan bila pikir ada orang ingat surirumah ni best duk rumah, bole lepak-lepak tengok tv,tengok vcd dan tah apa2 lagi.

Tolonglah....being a housewife bukan hanya tengok anak2, masak, lipat kain etc. Selain menyelesaikan hal rumah yg tak pernah sudah, tanggungjawab utama pada anak2. Mama homeschooled Haziq & Hazim. Both of them ada daily schedule what they will learn everyday. Mama monitor closely their progress to ensure they understand & enjoy learning. At the same time taking care of little baby is not easy ok. Tambah Batrisyia dah makin galak merangkak & sesekali memanjat, You have to be with her most of the time. Lepas masak for children (bukan setakat goreng telur jer okeh..), you have to feed them. Agak2 berapa lama diperlukan untuk menyuap 3 mulut? Itu tak termasuk fussy eater. Kadang2 dekat sejam menyuap Batrisyia tau. Sambil suap sambil ajar spelling la, drawing lah. Anak2 tido dapatla mama gosok baju dengan tenang. Setiap masa ada jer benda kena buat. Tengok tv memang ada tapi sangat ler terbatas. Ia akan beri contoh tak baik pada anak2 pulak. Ingat semua citer elok sangat ker tengok dgn anak2...dah la tv kita ni makin banyak citer sinetron yg tah apa2.

Keje rumah jangan cakap la. Lepas satu,satu. Mama tak la mengeluh tapi tercabar bila ada org simply said best jadi surirumah ni sebab dapat lepak2. sorry babe!. Mama tak tau pada org lain tapi this is me. Apa yg menyeronokkan tentang being a housewife ni ialah peluang membesarkan anak2 sendiri & melihat keletah mereka setiap hari. But it is not easy. Ada ketikanya mama pun gagal mengawal emosi bila berdepan dgn masalah anak2. Tapi mama ada Mr K yg selalu menjadi pendengar & pembimbing.

Mama belajar lagi bukan mudah menerima perspektif manusia apabila kita menukar cara hidup kita. Bukan mudah memujuk hati apabila terguris dengan kata2 yg mama tak suka dengar. "Biarlah...mama tau apa yang betul kan. Buat apa nak fikir sangat apa org nak kata.." setiap kali itulah nasihat Mr K. Simple & Tepat. "Ok" kata mama tapi hati masih tersentap. O_O

Friday, October 9, 2009

Raya Yang Terindah-Finale

Tukang tulis... Syida@Mrs K at 3:57 AM 1 nak komen..
Raya ke 5...



Semalam kami tiba kat rumah Mak dah kol 12.30am. Kesian Mr K.Letak je kepala trus hanyut. Mama lak punyalah susah nak tido. Asal alih tempat je memang gini. Dah dok terkelip-kelip mata teringat zaman kecik2 & muda remaja kat rumah ni...hihihi Cepat masa berlalu. Korang pernah tak syahdu feeling biler teringat zaman tu. Yelah tambah bila dah berkahwin tentu tak tinggal dengan mak abah kan. So jarang2 ler balik. Bila balik rumah Mak je, teringat kami 4 beradik bergaduh bersama, bersorak tengok Juara Lagu bersama, tengok hindustan sama2, lepak2 depan tv sampai kena marah dengan mak, bercerita hal masing2...heheh seronok weh. Tu la masa kita di zaman tu kita tak reti nak appreciate tapi bila dah besar, dah kawin & dah ada anak, sesekali baru kita rasa indah sangat time tu. Huuu syahdu la pulak!



Hari ni rasa sangat ler maleh nak beraya. Tambah si Batrisyia melekat dengan Abahnye. Mungkin semalam tak puas hati tak dapat mekap kat Abah sebab hubby driving the whole day. So kami tak ke mana. Lepak reramai dengan adik beradik. Sambung citer raya & citer kelakar masing. Mrs Along takde sebab dia dah kena kerja. So short satu kepala. Memula nak makan KFC ke, Pizza ke ramai2 tp Mak insist nak masak. So makan kat ghumah je. Kami cuma gi ziarah kubur Nenek & balik. Tapi ngeri ler sikit sebab mak nampak ular. Nak baca doa pun tak tenang tambah Haziq & Hazim ikut skali.



Dah malam kami kena balik sebab Mr K kena keje. Tapi nampak cam dah nak tak sihat je. Badan dah penat kot. Mak tapaukan lauk pauk & biskut raya (terbalik kot...patut anak yg kasi kuih raya...:D) Sebelum balik sempat ler kami adik beradik posing. Cucu2 pun pose sekali. Tukang tangkap gambarnya org2 lelaki. Hehehe...Sampai kat ghumah dah kol 10. Simpan lauk & trus tido.



Happy & bersyukur sangat dapat merasai lagi hari Lebaran. Indahnya berkeluarga. Dulu masa sibuk bekerja tak sempat nak pikir sangat hal2 ni. Tapi bila dah hilang satu benda yg berat & beban dalam diri, kita punya peluang untuk lebih sensitif pada perkara lain. Dapat melihat dunia dalam perspektif yg berbeza. Mama nak besarkan anak2 dan tanamkan sifat menghargai satu sama lain. Nilai sebuah kekeluargaan & kasih sayang sesama ahli keluarga. Appreciate each other existance & appreciate Allah gifts to you. Mama belajar benda baru lagi....Alhamdulillah. Hope dapat jumpa Hari Raya Aidilfitri lagi...

Raya yang terindah Chapter3

Tukang tulis... Syida@Mrs K at 3:19 AM 1 nak komen..
Raya ke 4....

Huiihhhh meriah raya teman weh!!!...Cerita raya dah cam telenovela..

Pepagi kami dah berkemas nak balik KL tapi kena singgah kat rumah Opah sat ambik kereta mertua. Lepas check out kami terus ke Pekan Rabu. Shopping barang makan lagi. Ok la jugak sebab Mama takde beli sebikut raya ke kerepek raya ker lagi tahun nih. Tak syok gak org datang tak hidang makanan yg bertemakan hari raya ye tak. Takkan nak hidang biskut raya 3 jenis tu je. (ala yg mama & twin sibuk2 ari tu..) Macam2 jenis ader. Yang syoknya banyak kuih tradisional. Ambik ler 2-3 jenis. Mama & MIL shopping dengan pantasnya sebab takde parking. So tak ler terbabas sangat budget. Pandangan pun dapat dihadkan sikit..hehehe

Sebelum kluaq dari negeri Kedah ni tak sah kalo tak pekena Nasi Kandar Haji Ramli kat Kota Sarang Semut. Huiii! Berbaloi-baloi. Tak caya pi rasa sendiri. Terubat ler letih berjalan jauh bila dapat makan nasi kandar nih. o_O Kepada adikku Cik Uteh...sok2 kalo dah kawin dengan org Gurun tu ajak la pi makan Nasi Kandaq ni ya. Tolong tapaukan tuk angah sekali. huhuhu
Jalan punya la banyak kereta. Letih Mr K drive. Yang paling tension tang nak lepas terowong...rugi masa kat situ jer...


Dah dekat sampai Ipoh baru Batrisyia meragam. Dah rimas. Sampai rumah Opah, mandikan 3 beradik tu dulu dan kami pun bertolak balik KL. Singgah jap kat Old Town kat Gunung Rapat for dinner. Settle je semua kami gerak utk balik ke KL. Sambung raya kat Selayang!... ><
Mr K @ Hubby masih maintain lagi walaupun tersangat la penatnyer..
BIG TQ to Nenek & Atuk because banyak membantu kami menguruskan Twin
At least tak ler Mama & Abah pening/penat sangat.TQ MAK, TQ ABAH. :p
My little sweet pie kepenatan. Dapat ler Mama makan dengan tenang.

Raya Yang Terindah Chapter2

Tukang tulis... Syida@Mrs K at 1:10 AM 0 nak komen..
Raya ke 2...

Pagi-pagi in law dah sampai kat rumah Opah. Punya ler punctual. Kelam kabut kami laki bini siapkan anak2 dan kemas beg sikit.Kami naik satu kereta, jimat & murah tapi tak leh bawak barang banyak. Al-maklumlah MPV bukan bole masuk barang banyak kalau dah naik 7 orang. Nasib baik Batrisyia kecik lagi, kalau tak jenuh gak lak 8 org berhimpit. Haziq & Hazim belakang sekali dgn atuknya. Mama & MIL kat tengah dengan Batrisyia. Co pilot si PakSu & Mr K @ hubby jadi pilotnya.

Dengan muka ala2 manis+masam adik2 kesayangan ku terpaksa merelakan kakaknya beraya dgn mertua lak. Takpe la, sok2 dorang dah kawin baru la dorang paham. Mak cool jer. Dia lebih tahu & paham. Berdebar sebenarnya Mama nak nak gi Kedah ni. Kotnya Batrisyia meragam sepanjang jalan macam mana....huiiiii mintak jauhkan lah.....

Alhamdulillah perjalanan kami lancar & bebudak tak banyak hal kecuali twin bosan giler sebab Mama tak charge DVD player. Sori ler boys..Mama tersilap button semalam....hehheheh
Sampai di Kedah kami terus beraya di kampung FIL di Megat Dewa & bermalam di Darulaman Suite. Segan nak bermalam kat rumah tu sebab ramai sangat. Dah ler jarang2 balik..heheh

Wuihhh dalam keadaan yg penat dapat bilik best hilang tension oo. Very the nice! 5 bintang kat Darulaman Suite.! Sesape yg rasa nak cari tempat bermalam kat area sekitar tu saya cadangkan tempat ni sebab memang puas hati. Biliknya ala2 apartment so ada ruang tv & pantry siap microwave. Not so mahal & restaurant/cafe dia pun served nice foods with good price. (Pomot sket!..iklan ini adalah percuma..tidak ditaja oleh sesiapa..)
Lepas makan kat restaurant kat situ, kami balik bilik & terus pengsan. Penat wehhhh.Kesian kat Mr K. Dia jer duk drive sana sini. So sure dia super penat dari kami.
Soknya, kami beraya lagi sampai Perlis tuh. Hujung Malaysia Batrisyia & abang2 dah sampai. Sempat singgah Padang Besaq cuci mata. Oooooo ni la Padang Besaq. Baru cheq tau. Dulu pi sekali dengan roomy sebab dia org Perlis tapi masa tu tak tau apa sebab tak reti shopping2 barang kat tmpt camni tapi sekarang putih mata...Semua cantek....tapi tak ler murah sangat barang2nye. Maybe sebab ramai org kot. Depa pakat2 naik harga. Dah sampai takkan tak ambik ape kan. So Haziq & Hazim dapat ler sorang selai baju BEN 10 (lagi!) dan bantal peluk BEN10. Malam tidoq jangan jadi BEN10 dah....dengan Mama jadi alien kang. Kami laki bini beli pouch bag sorang satu & Mama borong kacang gajus 2-3 bungkus....For Batrisyia Abah present topi glamer satu..Jadilah dah jauh2 datang kan.

Batrisyia & topi barunya....

Pilih punya pilih langsung tak beli....hampeh...

Malamnya selepas pekena laksa yg tak braper sedap kami balik Darulaman Suite. Mandikan anak2 then turun makan balik sebab tadi tak puas makan. Kali ni kami turun berempat (myself,hubby, batrisyia & adik ipar-paksu). Twin dah syok main toys baru from atuknya. Sambil makan & tengok raya movie KL DRIFT. Pas tu naik atas terus tido. Sok nak balik KL pulak.

Raya Yang Terindah

Tukang tulis... Syida@Mrs K at 12:09 AM 0 nak komen..
Raya dah braper syawal dah tapi keseronokkan & keriuhan Hari Raya Aidilfitri masih terbayang-bayang. Nikmatnya berhari raya kan...

Tahun ni giliran saya dulu. Teruja nak beraya lebih sikit tahun ni sebab ahli keluarga dah bertambah. Rasanya bukan saya jer yang rasa macam ni, hubby pun macam tu. Haziq & Hazim semakin banyak keletahnya tanda mereka makin cerdik & dah besar. Batrisyia pun tak nak kalah, baru nak menjangkau 7 bulan di Aidilfitri ni dia pun nak tunjuk keheroinnya..makin lasak.

Petang sebelum hari raya kami bertolak balik ke Ipoh. Penatnya packing barang! Barang anak2, Abah & diri sendiri. Berpeluh Mama weh!!! Ni baru anak 3, org lain anak 6 macam mana ler agaknya. Disebabkan ke excited nan yang melampau penat pun takde hal. Mama sengih jer walau peluh menitik2. Hubby pula ceria sebab dia suka drive long distance dengan MPV barunya. Apa nak buat Mama kena berkongsi kasih dengan keta...ish..ish..ish. Rasanya banyak org lelaki memang macam gini kot. Bini no 2 bila masuk bab kereta. Sukahati abah lar janji kita balik kampung beraya..!!

Kami tiba dah lepas buka pose. Kami berbuka dalam keta kat R&R Tapah. Seronok tengok family2 lain siap berpiknik kat tepi jalan. Meriah rasanya. Ini la nikmatnya Aidilfitri. Sepanjang perjalanan Twin & Batrisyia alhamdulillah okey. Cuma bila DVD player abah dah abih bateri mula la twin boring. Dok tanya "bila nak sampai?" "dah nak sampai ke?" "jauh lagi ke?"...Letih Mama menenangkan satu2. Abah pun dengan penuh kebapaan begitu sabar melayan soalan2 anak2nya...Mama buat2 tido bila dah letih menjawab! hehehe taktik kotor tul! Asalnya frust gak sampai lewat. Ingat sempat la berbuka dengan family tapi apa kan daya hujan & kenderaan yg sungguh ler banyak telah membantutkan harapan ku. Tapi bila "teman" jejak je rumah opah teman (ops! masuk kampung kena tukar ler sikit), semangat raye teman mula ler berkobar. Dengan pelita keliling rumah, bunyi mercun, budak2 kat kampung riuh sana sini & takbir raya bergema...weh! teman hilang sedih2 ni. Nak raya....jangan pikir banyak2.

Mak teman punya ler semangat tunggu cucu-cucu sampai. Tak sempat parking keta adik bongsu teman dah terjah keta ambik bebudak dulu. hehehe punya la tak sabau. Terus meriah dengan gelak tawa & cerita kami.

Pagi-pagi Raya Opah dah sibuk panaskan juadah raya. Mama tak menang tangan siapkan anak2 & suami. Nak cepat siap kena la bangun awal kang berebut nak pakai toilet. Beratur weh!. Mama tak dapat gi sembahyang raya sebab Batrisyia kecik sangat nak bawak Masjid. Kang ganggu jemaah lain kata Mr hubby. Opah lak sakit kaki. Adik2 masing ada yang baru kebah demam & off day. Kesian Mak takde kawan. Aleh2 yang pompuan semua tak gi sembahyang. Haziq, Hazim, Hubby & my Abah jer yg gi. Hazim siap tertido lagi kat masjid..heheh

Dulu masa masing2 single mingle semua tak nak kalah bergaya tambah kami 4 beradik pompuan. Berebut nak pakai iron la, nak pakai cermin la, sekarang anak2 je yg jadi keutamaan. Tambah Mama punya cutting dah lari. Takpe sabau2, tahun depan Mama pakai kebaya balik. Tahun ni tak bole takut seram lak org menengoknye...heheh

Sampai jer cousin yang lain lagi ler meriah. Anak Mak Long pun 3 pompuan. Lagi ler glamer. Kak Yong,Nurul & Baby masing2 dah macam artis gitew. Meriah sungguh lar dengan sora masing2 & pose maut di pagi raya.

Huihhhh...tu baru cerita pagi raya. Lom lagi petang raya & malam raya.

Agenda seterusnya kami gi Malim Nawar utk ziarah kubur arwah tuk & opah serta adik beradik opah yg lain. Lepas tu ke rumah Tuk Alang. Balik ke Ipoh semula sekejap & ke Kuala Kangsar ke rumah adik beradik mak. Mak seronok sangat dapat jumpa adik beradik dia. Ke mana je Mak nak gi Mr Hubby tolong drivekan. Yelah kesian kat mak bukan selalu dapat jumpa kan. Makcik & Pakcik2 belah mak mostly happening! Ceria sungguh. Sesekali berjumpa terasa meriahnya bertukar cerita. Dah lewat malam kami sampai di Ipoh. Mujur anak2 ok especially Batrisyia. Waaaaa esok turn Hubby lak coz kebetulan in law nak balik Kedah. Huuuuuu sedih nak tinggal family. Rasa singkat sangat beraya dengan family sendiri tapi inilah perkahwinan kan. Kita kena la bertolak ansur & berkongsi....nak buek cam no...kalau tak nak jangan la kawen yer dak... :P

Tuesday, September 29, 2009

Cerita yang terlewat...

Tukang tulis... Syida@Mrs K at 1:19 AM 3 nak komen..
Lama tul tak tengok blog....2 minggu before raya,saya dah kelam kabut dengan kerja rumah & persiapan raya. Raya ni excitednya over sikit sebab tahun ni raya belah saya dulu ditambah pulak dah ada baby girl. Dah terbayang keriuhan kami melaram dan bersiap di pagi raya tambahan pula kami 4 bradik pompuan so suasana gamat tu sangatlah biasa.

Berkemas rumah, mengelap lah, itu lah inilah memeriah kan sambutan raya kami sekeluarga. Tahun ni dapat langsir raya dari hubby. Seronok macam dapat bonus raya..hehehe Yelah kami cuma ada 1 set langsir je sejak pindah rumah nih sampai MIL pun penah tegur "Syida ada langsir ni je yer...'hehehe

Ops ni bukan SpiderMan or CicakMan tapi he is MY MAN...Mr K in action. tolong pasang langsir raya for Mama.

Tak ler grand sangat tapi sebab hubby belikan saya rasa blessed sangat. Tambah kami sama2 pilih kain langsir tu. Anak2 pun xcited mengemas sana sini. Dorang pun ada idea dekorasi sendiri sampai pening mama menyusun barang dalam rumah. Itupun dorang ajak cat rumah! Amboi baru 4 tahun dah pandai demand ek. Tak payah Mama cakap. Tak kuasa Mama nak mengemas cat pulak.

Thank you Abah! Nanti Mama buatkan Sirap bandung utk berbuka ok.. :P

Last week before raya saya sibuk mengemas kain baju & buat kuih raya. Dah bertahun tak buat biskut raya sendiri, dah jadi housewife ni saya nak buat mana yang dah lama saya tinggalkan. Dulu sebelum tukar tittle, saya, Mak & adik beradik buat kuih beramai-ramai. Mak akan bertugas menyediakan & menyukat bahan, Along bahagian terap (tiap2 tahun tu memang part dia..), ema bahagian hiasan, saya & uteh bahagian jaga biskut jangan hangus & griskan penutup periuk & dulang pembakar. Sesekali Mak akan memantau anak2 daranya yg kekadang terlelap kat dapur.. Kes2 hangus tu memang biasa so kami la kena makan kalau tak mak mesti bising sebab rugi butter!heheh Selalunya kami buat lepas berbuka puasa sampai pagi sambil pasang lagu raya. Bab2 melecur ker, tertido kat dapur ke dah jadi sebahagian dari citer kenangan buat kuih raya. Sampai hari ini saya rindukan saat2 itu.


Posing jap sementara tunggu biskut masak!!


Sekarang saya buat biskut raya pun demi anak2. Tak banyak tapi membuatnya dengan anak2 dan melihat mereka happy yg buat saya teruja. Haziq & Hazim sibuk tolong taruk tepung, telur, chocolate rice etc. Tu dia..selambak chocolate rice sampai tak nampak biskut. Kata dorang baru cantik & sedap. Emmm sukahati korang ler..janji boley makan. Bila dah last tu Mama bagi chance dorang terap & hias biskut sendiri. Tak sempat nak snap pic dah abih dorang 2 bradik makan. Seronok sangat! Dalam sibuk buat biskut tu my little girl pun sibuk gak. Macam2 hal, kejap-kejap bawah meja la, nak main plug la, nak panjat tangga la, aduhaiiii...letih wooo! Mama lari tak cukup tanah untuk Tisya. Mintak2 kurus ler cepat..Lepas dah siap biskut seronok tengok twin sibuk kira biskut. Happy tul dorang dapat tolong. Saya nak mereka merasa kemeriahan menyambut raya macam orang dulu walaupun saya tak reti buat kuih tradisional. Tapi yang penting Haziq & Hazim rasa kemeriahan & keindahan menyambut & bersiap untuk hari raya macam saya rasa masa kecik dulu. Agaknya inilah yang Mak saya rasa dulu ek. :P

Buah hati Mama & Abah!



"Seronok nye nak raya" kata twin..."Bahagianya" detik hati saya...Alhamdulillah...

Salam Aidilfitri...

Tukang tulis... Syida@Mrs K at 1:14 AM 1 nak komen..
ItalicSelamat Hari Raya Aidilfitri dari kami Sekeluarga
Mr K, Mrs K, Haziq, Hazim & Batrisyia.
Semoga Aidilfitri ini lebih beerti & meriah bersama insan2 tersayang..
MAAF ZAHIR & BATIN

Sunday, September 6, 2009

My best moments of Berbuka Puasa

Tukang tulis... Syida@Mrs K at 1:21 AM 3 nak komen..
Hari ni Mr K ajak berbuka posa dengan my family pulak. Seronok sangat. Before pergi dah terbayang keriuhan kami 4 bradik bila berjumpa tambah kami semua pompuan.

Seperti yang dijangka memang meriah...berlawan-lawan nak cakap. Masing2 nak story morry. Dah berbuka lagi ler meriah tambah time tu dah dapat Air. Penuh meja wehhh...Punya la banyak lauk Mak masak sampai tak tau nak ambik yg mana dulu. Tang kuih plak pun camtu. Tapi Alhamdulillah semua boleh dikatakan abis. Tak membazir. Time balik kami pakat2 tapau lauk Mak buat Sahur. Tak ler membazir...hehehe.

This is what I love about family. The noisy, the laughter, the stories makes us feel closer. Seronok bertukar cerita dan mengusik. I hope this will never last till death do us part. I've learnt the values of family & I hope my family will always be happy & strong.

Sopping Raya

Tukang tulis... Syida@Mrs K at 12:25 AM 2 nak komen..
Heheh syok topik ni..tambah banyak sale time2 gini. Meriah tul kat TV, paper, radio ek..Semua berebut-rebut jemput kita datang "rumah"dia...hehehe.

Tahun ni kami tak la berbelanja mewah sangat tapi tahun ini pasti lebih meriah dengan kehadiran our little girl. Seronok giler beli baju budak perempuan ni tau...sampai pening2 memilih baju. Kalau ikut nafsu sure apa yg dipegang semua nak beli tambah keseronokkan shopping tu dikongsi bersama Mr K deary & my twin boys. Jangan tak tau abang2 Batrisyia tu pun excited memilih baju untuk adik dorang. Kind of touch & proud gak sebab abang2 Batrisyia really care about their little sister. TQ boys...therefore Mama pick both choices...>_<>

Tahun ni tema kami di pagi raya Blue. Ikutkan nak ler kaler merah ker, pink ker atau kaler yag pastel ker tapi kat kedai tu limited plak choices yg ader. Kami pula jenis tak kisah sangat so since tu yg paling menarik tertarik maka kami pun pakat2 try. So geng boys dah settle kena cari for Mama & Tisya. Alhamdulillah jumpa yg sesuai. So takde pening2. Kowtim!

Ramainya org wehhh..Risau teman nengokkkan. Tapi demi baju BEN10 kami redahi jua untuk Haziq & Hazim. A day before Merdeka kami gatal gi SOGO. Ingat cuti panjang ni mungkin org balik kampung so tak ramai ler konon2. Huih...rameeenye! Apa lagi melihat kesesakkan di tingkat baju kanak2 tu trus Mama pakaikan mask kat Abah, Twins & Tisya. Takut teman...banyak kuman sekarang ni weh..langkah keselamatan. Tapi yg baguih nyer mask ni tak yah pakai lipstick. Jimat.

Haziq & Hazim dapat ler baju BEN10 sorang 2 pasang siap dengan sandal lagi. Anak2 teruna ku ini sudah pandai bergaya, siap mintak izin nak beli sunglasses okehhh..siap pilih frame kaler merah lagi. Baju tido pun nak jugak tapi Transformers pulak, Sungguh la korang telah mencekik abah korang..huhuu Tisya dapat gak siap handbag lagi abah belikan.

As for Tisya sangat ler good girl. Tak banyak hal, senyum & tido jer kerja dia. Tak kira la ramai org ker, bising ker dia boley plak tido dgn lenanya kat carrier (yg macam kangaroo pouch tuh). Abah ler jenuh mengendong sana sini. Tapi kalau kat ghumah punya la payah nak suruh tido. Kalau tido pun paling lama 30 minit. Kalau dpt sejam dah macam bonus kat Mama. So lain kali patut kah Mama merayap membawa anak2 ku ke shopping complex dengan alasan Tisya tak nak tido? Ataupun itu satu alasan yg sangat tak logik?..hehehehe (kang card kena tarik balik baru tau...huhuhu)

Tapi one thing I realized, keceriaan Aidilfitri dah tergambar apabila melihat wajah anak2 gembira mendapat baju raya. Melihat jauh ke dlm mata sikecil cukup membahagiakan & satu saat yg tiada gantinya. Memang kemeriahan Hari Raya bukanlah dr apa yg kita pakai & beli tapi kepenatan bekerja mencari rezki terbalas apabila mata pencarian itu digunakan utk membahagiakan anak2. Agaknya sebab tu Mr K senyum ajer sepanjang shopping days kami. To hubby tq so much..WE love you.

Dan saat itu saya sangat merindui zaman kanak2 saya sendiri. Terbayang wajah Abah & Mak membeli kelengkapan Aidilfitri. Inilah rupanya perasaan yg sangat indah yg Mak & Abah rasai semasa menyediakan keperluan kami 4 beradik. Terima Kasih Mak..Abah.

Saturday, August 29, 2009

Jemputlah ke kedai saya!!....

Tukang tulis... Syida@Mrs K at 8:16 AM 3 nak komen..
Sebelum ni saya ada citer saya sibuk dgn projects saya kan...haaa ni nak habaq mai nih..ok rapat-rapat...mari dekat....

My little projects?....I really fond of accessories...I have lots of collection of it. Masa kerja dulu tak lengkap dressing saya tanpa accessories. My friends pun ramai yg tegur I have lots of collection. Collection yang hancus pun banyak...heheh lasak sangat kot. My craze over girly accessories has drawn myself to create my own. I also makes bracelets for my little girl to match with her dress or romper. Suka sangat bila pakai matching dgn my girl..dulu asyik gayakan anak lelaki dengan hubby jer so sekarang Mama pun nak bergaya jugak lah since dah ada geng.

Therefore, I have created "TisyaSara Collection" where I sell personalized accessories as well as accessories which I bought during my travelling or sightseeing. Hope readers sudi-sudilah drop by at http://tisyasara.blogspot.com to view my collections. Perhaps ada yang berkenan dihati. Bolelah bergaya di Hari Raya nanti. Please double click at the link posted at the side bar and you'll be at my shop..hehehe..

Another of my little project is "TisyaSara Secret Closet". Blog ni saya buat khusus untuk selling preloved and new item selain dari girl/ladies accessories. Masa masih bekerja dulu, tak dinafikan saya shopaholic sikit. Berdarah jugaklah kad kredit saya kena swipe. Kalau kad tu boleh cakap, mesti dia jerit kat saya...(dan masa tu sure saya terus insaf kot!?) Lagipun saya swipe masa saya merayap sorang-sorang lepas kerja(hubby gi meeting!..konon nak isi masa lapang..huhuhu) atau lunch hour. So hubby tak dapat nak melarang. Tau2 dah beli. Saya senyum cam kerang busuk jelah tiap kali hubby tegur.

Jadi bila dah resign ni kemas2 ler secret closet saya yang tah aper2 saya selit. Korek2 jumpa la baju yg pakai sekali je..yang tak pakai pun ade sebab tak sesuai, langsir2 yg saya beli siap2 before rumah kami siap konon2 bole pakai tapi rupanya measurement lari dan macam-macam la lagi. Books pun banyak sebab dulu masa kerja kat Jalan Yap Kwan Seng, KL saya & hubby travel naik komuter, so perjalanan makan masa 1 jam, saya habiskan masa dengan membaca selain tidur....

So kawan-kawan, jemput la ke kedai saya yer. Jual Murah jer... please double click kat sidebar untuk terus melompat ke kedai saya, takpun type http://ts-secretcloset.blogspot.com Buat masa ni saya baru upload my preloved novels. Retail price saya beli dulu ranging from RM 11-14.90 tapi sebab preloved saya jual dgn RM 8 shj (condition masih okey tau)..kalau nak buat present pun boleh. Saya akan balutkan dan send to the special ones free of charge sempena promosi bukak kedai, tapi pembalut hadiah tertakluk pada pilihan TisyaSara Secret Closet la yer.

TisyaSara Secret Closet will offers variety of stuff ranging from clothing, beauty products,home furnishing,gift item,IT product etc. So...selalulah datang ke kedai saya ye for latest update. Kat sini adalah sebahagian item picked from TisyaSara Collection.Kalau ada yang berkenan di hati sudi-sudikanlah ke blog saya.Thanks & Happy Shopping!...
















Friday, August 28, 2009

Mama belajar benda baru minggu ni..

Tukang tulis... Syida@Mrs K at 10:35 AM 0 nak komen..
Sebelum start story morry, layan gambar dulu yer...
little tisya tersepit celah abang-abang...
Batrisyia tersangkut bawah meja study abang tak boleh nak kluar...0_O

Mama!! tolong...



Posing sambil tersepit bawah sofa pulak...


Muka innocent mintak kesian..*_*




This week quite hectic.Macam-macam benda nak buat.Dengan 2 bradiknyer,dengan little girlnyer (huih!..ni la yg paling mencabar skali!), dengan house chores & my little projects...(project?..ni yg suspen...heheh nanti i tell you)

Saya personally homeschooled my 4 years old twin boys. This is my main objectives when I decided to resign dulu. To concentrate to my childrens' education & well being. Mr K pun berfikiran yg sama dan ini jugalah yg sering kami bincangkan masa dua-dua sibuk keje dulu. Alhamdulillah ada rezki sikit dapatlah saya quit my job and concentrate to our kids. Everyday they demand to learn something new and I have to prepare in advance to ensure smoothness of our class. Rasa macam cikgu pun ada. Prepare cards, games, workbook & chart. Teringat pada mak saya...dulu dia beria-ria nak saya jadi cikgu tapi saya cepat2 masuk college to pursue degree in business skrg jadi cekgu kat ghumah pulak...hehehe..Pasal homeschooled in detail saya citer later k. Banyak nak update ni...

My little girl dah makin lincah...ke sana ke sini, bawah meja, bawah kerusi, tarik langsir, tarik wire, korek sana, korek sini, kutip itu, kutip ini....FUHHHHH penat mengejar dia jer. Batrisyia dah makin ligat menjulur dan hari ni makin banyak pulak dia naikkan punggung, maknanya dah nak merangkak!!...rasanya before raya nih sure dah merangkak....Abih la barang2 perhiasan Mama kena simpan dalam kotak ajelah. Seronok tengok development anak depan mata. Rasa puas sangat tapi penat nye jangan cakap la. Nasib baik ader abang2 dia..bole gak tlg tengok2kan masa saya nak masak ker, jemur baju ker, gosok baju ker...Thank you big brothers! Mama sayang you two! Muah!!

Dulu, masa twin membesar saya masih bekerja. Keluar rumah pukul 7pagi, sampai rumah pukul 8 malam. Lepas tu sibuk masak pula sebab saya tak bagi pembantu rumah saya masak. Kesian juga kat dia dah la siang jaga twin sorang2, malam kena masak pula. Lagipun masak tanggungjawab saya sebab dia dah bantu hal rumah, jaga anak2 dan pakaian kami sekeluarga. So penat macam mana pun saya tak bagi dia masak. Kadang2 memang ler beli jer tapi mana tahan hari-hari lauk beli. Boring dgn rasa yang sama dan banyak makan ajinomoto aje rasanya. Jadi kira2 berapa jam dalam 5 hari bekerja tu saya spend untuk anak-anak? By the time saya dah relax, dorang pulak dah mengantuk. So weekend ajela saya dapat bersama mereka sepenuhnya. Bila weekend saya dan suami akan buat most of the thing yang bibik tolong buat untuk anak-anak kami. So dalam sebulan berapa jam kami betul2 jadi Mama & Abah?...

Sekarang ni saya rasa macam first time mom pun ader. Saya belajar benda baru lagi...bukan senang nak jaga anak2 yang nak membesar. Terbayang mothers yang punya anak lebih ramai dari saya. Memang hebat... Teringat juga pada bibik saya dulu, betapa sabar dan penatnya dia menjaga anak2 saya satu ketika dulu.(Waaaa bibik! We miss you!....) Dan lagi satu saya belajar untuk lebih bijak menyusun masa, bersabar & mesti cekap. Setiap kali rasa geram dan marah datang, saya cuba kawal dan tarik nafas dalam2. Takut tingkahlaku saya akan merosakkan pemikiran anak2 pula. There! belajar benda baru di dunia baru! Bila anak2 dah tidur, saya mesti tengok muka sorang-sorang dan saya rasa bertuah dan bersyukur sangat dengan apa yang saya ada. Ini membuatkan saya lebih insaf dan berazam untuk menjadi isteri & mama yang lebih baik pada esok hari.....

Tuesday, August 25, 2009

Alamak!....

Tukang tulis... Syida@Mrs K at 7:56 AM 3 nak komen..
Aisey dah pukul 5 dah?....takpe kejap je ....zzzzzzz

"Alamak!..syida dah kol 5.25..cepat sahur.."

Itulah alarm clock saya pagi ni. nasib baik suami terchenta tersedar...apa lagi dgn pantasnya saya bangun tapi nak tersembam balik sebab bangun terkejut...pening... Ini la akibatnya kalau kejap..kejap..kan dah terbabas. Dan pagi ini kami bersahur macam kilat. Makan pun macam tak kunyah jer..terus telan. Takpe yg penting dapat minum & makan fng (heheh..saya rasa mummies yg bf mungkin tahu..) Settle semua saya & hubby terdiam kejap. Letih makan kelam-kabut... Tu la lain kali alarm dah bunyi bangun terus jangan kejap-kejap-kejap.

Salam Ramadhan..

Tukang tulis... Syida@Mrs K at 6:09 AM 2 nak komen..
Huhuhu...dah 4 hari kita berpuasa, ni baru sempat nak wish Selamat Menyambut Bulan Ramadhan..



Sempena Bulan Ramadhan ini, SAYA TERLEBIH DAHULU MEMOHON MAAF jika saya ada berbuat kesalahan, baik yang tidak di sengaja mahupun yang di sengaja, terang-terangan atau yg tersembunyi, semoga kita dapat menjalani ibadah puasa dengan khusyuk, diberkati dan dirahmati Allah S.W.T, insyaallah.

Do'a malaikat Jibril menjelang Ramadhan

' 'Ya Allah tolong abaikan puasa ummat Muhammad, apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan dia tidak melakukan hal-hal yang berikut:

* Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya (jika masih ada);

* Tidak berma'afan terlebih dahulu antara suami isteri;

* Tidak bermaafan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya.


Maka Rasulullah pun mengatakan Amiin sebanyak 3 kali. Dapatkah kita bayangkan, yang berdo'a adalah Malaikat dan yang meng-amiinkan adalah Rasullullah dan para sahabat , dan dilakukan pada hari Jumaat.


Semoga segala amalan kita diberkati & dirahmati oleh Allah swt.


Salam ramadhan dari kami sekeluarga..



Wednesday, August 19, 2009

Waaaa Batrisyia Jatuh Katil!!..(sob..sob..sob)

Tukang tulis... Syida@Mrs K at 12:11 PM 2 nak komen..
Sangat2 sedih.....my little baby jatuh katil. Kejadian berlaku last Friday, kol 7.30am. Mama punyalah ngantuk lepas bf dia so terlena la. Abah plak dlm bilik air nak siap gi keje. Tetiba mama terdengar bunyi "BUK"...pastu bunyi Batrisyia nangis tersangat la kuat.Apa lagi melompat la mama dari tidur....tengok2 Batrisyia dalam posisi meniarap cam spiderman tu...Menjerit mama tengok bb dah kat bawah! Kelam kabut abah kluar dari toilet nasib baik sempat capai towel!..Pucat Mama & Abah peluk Batrisyia. Mama dah rasa macam org gila dah punyalah risau. Walaupun abah dah letak bantal keliling katil pun tak worth it sebab bb boleh tolak.Tapi bb nangis kejap jer pastu mintak susu balik. Sambil susukan dia mama urut2 kepala cari bumb ke, luka ke, merah ke, badan pun ok je. Kami pun gerakkan abang2nya yg mamai terkejut kena bangun & siap gi DEMC.
Sampai kat DEMC kami inform baby jatuh katil so dorang terus examine her before Doc arrive. Patutnya memang appointment kami hari Isnin nanti utk 6 months jap, tapi nak jadi citer....Doc sampai jer kami dapat jumpa dia terus. Lepas jatuh katil, Batrisyia tak nangis lagi...semuanya macam biasa je. So Doc kata she's fine. Retina pun ok means takde pendarahan dalam, tak bengkak, dan dia active tak blur or terdiam. So maksudnya Batrisyia ok. But please monitor 24hrs. LEGA.....sangat2 takut!
So to Mama & Abah out there, be careful ok. Nampak jer baby tapi kemampuannya luar biasa. Bantal besar & berat ke kacang je dia tolak. Lagi satu mesti tahu posisi macam mana baby jatuh. Penting utk doc tahu problem dia. Kalau dia tak muntah tapi dia jadi pendiam atau blur pun bahaya. Apa2 pun kalau jatuh je bagi saya bawak je la jumpa doctor sebab dorang lagi tahu. Tapi saya suggest pergi pada pakar pediatrik sebab memang children issues their speciality. Bukan apa takut menyesal je nanti.
Sejak hari tu Mama & Abah bentang tilam kat bawah je lah. Serik! Cukuplah 1 pagi yang gelabah & gila. Agaknya itulah First Time Abah tengok mama jadi Gila. To my little girl...please la jangan lompat katil lagi...

Thursday, August 13, 2009

Susah hati..

Tukang tulis... Syida@Mrs K at 2:49 AM 0 nak komen..
Susah hati sangat2.....dah seminggu Haziq batuk.So far tak demam.Takut gak sebab skrg nih virus H1N1 ni makin menjadi-jadi....Dah bagi makan ubat,madu, madu campur limaulah tapi batuk jugak.Kesian dia.Bila malam menjadi-jadi batuknya.Tapi malam ni tidur dia lena....alhamdulillah.Tadi kami pergi klinik.Dah pukul 9.30mlm baru kami masuk klinik tu sebab tau dia tutup kul 10pm.Sengaja kami pegi lambat sebab tak nak bertembung dgn org lain.Kang lain pulak penyakit yg hinggap.Handsanitizer pun dah dekat separuh kami guna sebab tak nak anak2 kena kuman. Dan malam ni saya berjaga malam sebab nak monitor Haziq & Hazim. Malam ni tidur dia lena..dan malam ni juga tidur saya n hubby juga akan lena sebab Haziq dah tak batuk kuat lagi...Alhamdulillah.

Friday, August 7, 2009

Biar betul...

Tukang tulis... Syida@Mrs K at 1:23 AM 1 nak komen..
Hehehe..akhirnya saya ada blog sendiri..asik baca blog org jer teringin gak ada sendiri punya...banyak yg tak reti lagi nih..harap2 sape2 yg lalu-lalang kat blog nih sudi2 la bagi tunjuk ajar yer.Sangat2 saya hargai.....

8 bulan yg lepas...

Tukang tulis... Syida@Mrs K at 12:47 AM 4 nak komen..
Naper ye Mama vs Dunia baru?...satu ketika dulu,kira2 8 bulan yg lepas saya telah membuat salah satu keputusan yg agak besar dalam hidup saya.Kenapa salah satu?..sebab masa decide nak kawin dulu saya rasa dah cukup besar n berat dah dilema saya. Kali ni lagi berat rasanya. Selepas jenuh berfikir dan berbincang dgn hubby saya mengambil keputusan untuk resign dari bergelar Bank Executive. Saya selalu rasa bersalah setiap kali melihat twin boys saya dgn muka mengantuk dan letih digerakkan pagi2 utk dihantar ke rumah MIL, kereta sang suami menderu laju bila terlambat,muka hubby dah susah nak senyum bila sampai rumah lepas mengharung perjalanan yg memenatkan dgn komuter kemudian nak jemput anak setrusnya mengadap jem yg teruk kat Klang ni tak kira pagi ke malam..(bila la nak siap projek MEGA nihhh).
Saya tekad nak ubah hidup kelam kabut kami....So saya decide utk RESIGN..
Selepas tu kehidupan berubah sama sekali...my twin boys sangat happy dan overjoy. En Krol sudah mula tersenyum sesampai di rumah dan saya.....Saya sangat bahagia, bangga, puas dgn keputusan yang saya ambil. Saya bersyukur atas rezeki yg dilimpahi walau tak mewah kami sekeluarga bahagia. So bermulalah kehidupan baru saya...banyak yg saya belajar, banyak yg saya sedar dan banyak yg buat saya bersyukur dan bahagia....kenapa?..adalah..sok2 n3 lain kali saya story..
 

Mama vs Dunia Baru Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | Make Money from Zazzle|web hosting